Skip to main content

Dunia

India catat 37,566 kes baharu COVID-19, 907 kematian

41622788948_INDIA.jpg
41622788948_INDIA.jpg

Advertisement

NEW DELHI: India melaporkan 37,566 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, mengumpul jumlah jangkitan keseluruhan sebanyak 30,316,897 pada Selasa.

"India melaporkan kurang daripada 40,000 kes baharu setiap hari selepas 102 hari," kata Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan.

Korban pula meningkat kepada 397,637 dengan 907 kematian dicatat sejak pagi Isnin, lapor Xinhua.

Masih terdapat 552,659 kes aktif di negara ini selepas mencatat penurunan 20,335 kes dalam tempoh masa 24 jam.

Setakat ini, 29,36,601 pesakit telah pulih dan dibenar keluar dari hospital.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement