INDIVIDU yang memulakan cabaran Ice Bucket atau Ice Bucket Challenge, meninggal dunia Sabtu lalu, pada usia 46 tahun.
Anthony Senerchia Jnr, disahkan menghidap Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) atau biasa dipanggil penyakit neuron motor, pada tahun 2003.
Kematian lelaki yang berasal dari New York itu diumumkan keluarganya pada Rabu.
"Senerchia akan sentiasa diingati bukan sahaja kerana kekuatannya melawan penyakit yang dihidapi, tetapi juga kerana keberaniannya melakukan sesuatu untuk memberi kesedaran kepada orang awam mengenai penyakit itu," ujar keluarganya dalam obituari yang disiarkan media tempatan.
Ice Bucket Challenge menjadi tular di seluruh dunia pada 2014, dengan pembabitan ramai personaliti terkemuka, antaranya Bill Gates, Tom Cruise, Oprah, Mark Zuckerberg dan Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Barack Obama.
Keseluruhannya, ia berjaya mengumpul lebih AS$115 juta (RM470 juta) yang digunakan untuk kajian perubatan dan mencari penawar penyakit tersebut.
Madiha Abdullah
Fri Dec 01 2017

Senerchia bersama isterinya, Jeanette, dan anaknya Taya. - Sumber foto/Twitter Nancy Cutler

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Neymar dikutuk peminat, 'persendakan' Stephen Hawking
Biarpun mungkin berniat baik, tindakan Neymar itu dianggap tidak menghormati tokoh hebat dunia itu.

Hidap ALS, Stephen Hawking sebenarnya dijangka mati 55 tahun lalu
Biasanya penghidap ALS hanya mampu bertahan dua hingga lima tahun. Namun tidak bagi ahli saintis Stephen Hawking yang dijangka bertahan cuma selama dua tahun.

Individu mulakan 'Ice Bucket Challenge' meninggal dunia
Individu yang memulakan cabaran Ice Bucket atau Ice Bucket Challenge meninggal dunia Sabtu lalu pada usia 46 tahun.

'Ice Bucket Challenge' bantu kesan gen baharu penyakit ALS
The ALS Association umum berjaya kesan gen yang menjadi penyumbang utama kepada penyakit itu.

Setahun selepas popularnya Ice Bucket Challenge
Ice Bucket Challenge dilihat berjaya mencapai tujuannya untuk memupuk kesedaran terhadap penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis selain menggalakkan sumbangan kepada penyelidikan.

Parodi filem Carrie untuk Ice Bucket Challenge
Foo Fighters bikin Ice Bucket Challenge paling epik untuk mengutip derma dan kempen kesedaran penyakit ALS.