Skip to main content

Dunia

Iran dakwa tembak jatuh dron tentera AS di Bandar Abbas

Dron berkenaan dilaporkan berjaya dipintas dan dimusnahkan oleh sistem pertahanan udara tentera yang beroperasi di bawah rangkaian pertahanan udara bersepadu negara itu.
Dron berkenaan dilaporkan berjaya dipintas dan dimusnahkan oleh sistem pertahanan udara tentera yang beroperasi di bawah rangkaian pertahanan udara bersepadu negara itu.

Advertisement

Ringkasan AI

  • Tentera Iran mendakwa menembak jatuh dron milik Amerika Syarikat di ruang udara Bandar Abbas menggunakan sistem pertahanan udara negara itu.
  • Laporan menyatakan dron jenis Low-cost Uncrewed Combat Attack System (LUCAS) dimusnahkan, namun waktu kejadian tidak dinyatakan secara khusus.
  • Setakat ini, tiada pengesahan bebas mengenai dakwaan tersebut atau maklumat lanjut tentang tujuan penerbangan dron berkenaan.

KUALA LUMPUR: Tentera Iran mendakwa berjaya menembak jatuh sebuah dron milik tentera Amerika Syarikat (AS) di ruang udara bandar pelabuhan Bandar Abbas, selatan negara itu.

Memetik laporan agensi berita Iran, Tasnim, dron jenis Low-cost Uncrewed Combat Attack System (LUCAS) itu dilaporkan dimusnahkan oleh sistem pertahanan udara tentera Iran.

Bagaimanapun, waktu kejadian berlaku tidak dinyatakan secara khusus dalam laporan berkenaan.

Menurut kenyataan yang dipetik Tasnim, dron berkenaan berjaya dipintas dan dimusnahkan oleh sistem pertahanan udara tentera yang beroperasi di bawah rangkaian pertahanan udara bersepadu negara itu.

Setakat ini, tiada pengesahan bebas mengenai dakwaan tersebut atau maklumat lanjut berhubung tujuan penerbangan dron berkenaan.

Pada September lalu, Komander Angkatan Aeroangkasa Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), Brigedier Jeneral Majid Mousavi mendakwa AS membangunkan dron LUCAS dengan meniru reka bentuk dron Shahed-136 milik Iran.

Menurutnya, teknologi dron berkenaan kemudiannya dimasukkan ke dalam inventori ketenteraan AS.

Mousavi turut menegaskan Iran memiliki pelbagai jenis dron kelas Shahed yang dibangunkan untuk melaksanakan misi tempur, pengawasan dan peninjauan.

Beliau menyifatkan keupayaan pembangunan dron tempatan sebagai antara aset penting dalam memperkukuh pertahanan negara itu.

Mousavi turut mendakwa operasi True Promise 1 mencatat rekod penggunaan dron buatan tempatan yang dikendalikan oleh Angkatan Aeroangkasa IRGC.

Must Watch Video

Advertisement