Pembunuh bersiri yang dikenali sebagai "Jack The Ripper Thailand" berjaya ditangkap pada Rabu selepas pihak berkuasa melancarkan pemburuan besar-besaran di seluruh Thailand sejak Ahad.
Somkid Pumpuang, 55, ditahan ketika berada di dalam kereta api selepas dikenal pasti sebagai suspek pembunuhan seorang wanita bernama Rasamee Mulichand, 51, di rumahnya di Khon Kaen.
Mangsa ditemukan mati dalam keadaan lehernya dijerut dan pergelangan kakinya diikat menggunakan kabel pengecas telefon bimbit.
Hasil soal siasat dan keterangan saksi, polis mengesyaki Somkid terlibat dengan pembunuhan tersebut sebelum waran tangkap ke atasnya dikeluarkan.
Sebelum ini, Somkid dibebaskan daripada hukuman penjara seumur hidup pada Mei lalu setelah mendapat pengampunan Diraja selepas disabit bersalah membunuh sekurang-kurangnya lima pekerja seks di pusat karaoke dan rumah urut di Mukdahan, Lampang, Udon Thani dan wilayah Buriram.
Somkid menjalani 14 tahun penjara sebelum dibebaskan pada awal Mei.
Menurut polis, Rasamee dibunuh dengan cara sama di mana Somkid mengadakan hubungan seks sebelum mencekik atau melemaskan mereka.
Pembunuhan Rasamee berlaku hanya tujuh bulan selepas Somkid dibebaskan.
Agensi
Thu Dec 19 2019
Somkid Pumpuang ditahan ketika berada di dalam kereta api. -Foto AP/ Royal Thai Police
Saya harap ayah ditemukan sama hidup atau mati - Anak
Anak kepada salah seorang nelayan yang dikhuatiri hilang di Pulau Undan, Melaka tengah bersedia dengan sebarang kemungkinan dan berharap pasukan penyelamat dapat membawa pulang bapanya dengan selamat.
Pahang dan UAE ganding bahu lindungi spesies harimau Malaya
Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bercemar duli menyaksikan majlis tandatangan kerjasama strategik antara Pahang dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk melindungi harimau Malaya yang semakin kritikal populasinya.
Projek bernilai RM99.8 juta yang dibiayai oleh Tabung Pemuliharaan Spesies Mohamed bin Zayed itu memberi tumpuan kepada pemuliharaan spesies harimau, pemulihan habitat semula jadi serta pembangunan komuniti setempat.
Projek bernilai RM99.8 juta yang dibiayai oleh Tabung Pemuliharaan Spesies Mohamed bin Zayed itu memberi tumpuan kepada pemuliharaan spesies harimau, pemulihan habitat semula jadi serta pembangunan komuniti setempat.
ASEAN 2025: Malaysia akan meremajakan mekanisme utama
Malaysia juga tidak mahu terjebak dengan pertikaian kuasa-kuasa besar, sebaliknya lebih suka bekerjasama dengan negara-negara anggota yang sehaluan dan rakan dialog.
Penyertaan Malaysia dalam BRICS atas faktor geo-ekonomi
Keputusan itu diambil berdasarkan faktor geo-ekonomi termasuk mengambil kira kerjasama negara-negara ASEAN dalam membentuk pembangunan yang mampan.
PM ulangi Malaysia amal pendekatan terbuka dengan AS, China
Menurut beliau, hubungan dengan kedua-dua negara besar ini berteraskan penghormatan bersama dan perkongsian kepentingan yang saling menguntungkan.
Tiga peguam ketua pembangkang Rusia dipenjara
Tiga peguam yang pernah bekerja dengan bekas ketua pembangkang Rusia- Alexei Navalny, dijatuhi hukuman penjara. Igor Sergunin Alexei Liptser dan Vadim Kobzev ditahan pada Oktober 2023 atas dakwaan memainkan peranan sebagai 'pengganas dan ekstremis' di Rusia dibawah pentadbiran Presiden Vladimir Putin.
27 maut di Los Angeles
Kebakaran besar di sekitar kawasan Los Angeles, selatan California, Amerika Syarikat meragut sekurang-kurangnya 27 nyawa dan memusnahkan lebih 12,300 struktur dalam tempoh lebih seminggu, disahkan pihak berkuasa tempatan pada Khamis.
Masyarakat antarabangsa perlu hormati gencatan senjata di Gaza - PM Anwar
Jelas Perdana Menteri lagi, beliau menyambut baik gencatan senjata di Gaza, dan memuji usaha Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat (AS) dalam mendesak semua pihak yang terlibat.
RM45 bilion diperlukan bangun semula sistem kesihatan Gaza
Sekurang-kurangnya AS$10 bilion (RM45 billion) diperlukan untuk membangunkan semula sistem kesihatan Gaza yang musnah dalam tempoh lima hingga tujuh tahun akan datang, menurut penilaian awal Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam.
Jepun harap gencatan senjata Gaza bawa kestabilan berkekalan
Jepun menzahirkan harapan agar perjanjian gencatan senjata di Gaza akan membawa kepada kestabilan yang berkekalan di rantau itu.
'Jack the Ripper Thailand' berjaya diberkas
Pembunuh bersiri yang dikenali sebagai 'Jack The Ripper Thailand' telah dberjaya ditangkap pada Rabu.