Skip to main content

Dunia

Kes positif COVID-19 global lepasi angka 123 juta

51616076410_SwabTest.jpg
51616076410_SwabTest.jpg

Advertisement

KES positif COVID-19 di seluruh dunia melepasi angka 123 juta.

Lebih 500,000 kes baharu positif COVID-19 direkodkan secara global.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia melepasi 123 juta.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 29.81 juta kes.

Ini diikuti Brazil dengan 11.95 juta kes dan India dengan lebih 11.59 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka 4 juta kes ialah Rusia, United Kingdom dan Perancis sementara Itali, Sepanyol dan Turki melebihi 3 juta.

Jerman, Colombia, Argentina, Mexico dan Poland mencatat lebih 2 juta kes.

Iran, Ukraine, Afrika Selatan, Indonesia, dan Belanda pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Manakala Kanada, Chile, Romania, Belgium, dan Portugal pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Maghribi, Jepun, Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi, dan Malaysia.

Negara lain merekodkan angka positif di antara 100,000 dan 300,000 kes.


Must Watch Video

Advertisement