Skip to main content

Dunia

Korban keganasan tunjuk perasaan Mesir meningkat

41359170753_295x200.jpg
41359170753_295x200.jpg

Advertisement

Jumlah korban keganasan tunjuk perasaan di Mesir meningkat.

Sekurang-kurangnya 9 terbunuh dalam bantahan anti kerajaan  di bandar Pelabuhan Suez.

Dua daripada mangsa membabitkan remaja di bawah 20 tahun.

Pihak berkuasa dilapor melepaskan tembakan gas pemedih bagi menghalang bantahan di dua kawasan penempatan di bandar berkenaan.

Di Ismailiyah,  penunjuk perasaan bertindak ganas dengan menyerang dan membakar bangunan kerajaan.

Penunjuk perasaan juga didakwa bertanggungjawab membakar ibu pejabat parti yang disokong pergerakan Ikhwanul Muslimin.

Hampir 500 dilapor cedera dalam bantahan yang diadakan di seluruh negara sempena  ulang tahun kedua revolusi yang menumbang kepimpinan bekas presiden Husni Mubarak.

Sebelum itu beribu dikatakan berhimpun di Medan Tahrir bagi tujuan berkenaan.

Must Watch Video

Advertisement