Skip to main content

Dunia

Maghribi turuti suara dunia Islam lain kutuk Trump

71512954330_Morocco.jpg
71512954330_Morocco.jpg

Advertisement

Ribuan umat Islam berarak di Rabat, Maghribi pada Ahad untuk turut sama mengambil peranan mengutuk tindakan Presiden Amerika Syarikat,  Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Penunjuk perasaan berarak ke ibu kota negara itu untuk menyuarakan sokongan bangsa Maghribi  terhadap rakyat Palestin.

Mereka melewati Parlimen sambil melaungkan slogan dan membawa sepanduk yang menjanjikan kesetiaan kepada masyarakat palestin.

Raja Maghribi, Bayt Mal Aal Gods Asharif ketika ini memegang peranan  Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam, Bayt Mal Aal Gods Asharif.

Pertubuhan itu antara lain berperanan untuk mempertahankan hak-hak negara  Arab dan Islam, selain turut sama menjaga kepentingan hal-elwal Baitulmaqdis dan Palestin.

Must Watch Video

Advertisement