Seorang gadis sanggup memotong tangannya sendiri dengan gergaji untuk membuat tuntutan insurans bagi membantu keluarganya yang berdepan dengan masalah kewangan.
Wanita berusia 21 tahun itu bertindak berani memotong pergelangan tangannya sehingga putus menggunakan gergaji bulat dalam kejadian di Ljubljana, Slovenia.
Tindakan itu dipercayai dengan bantuan ahli keluarganya adalah bagi menuntut pampasan insurans kecederaan kekal sekitar RM1.8 juta serta bayaran bulanan kira-kira RM18,000.
Bagi membolehkan dia menerima pampasan itu, wanita itu sengaja meninggalkan tangannya yang terputus di rumah sebelum dikejarkan ke hospital.
Namun rancangannya gagal apabila bahagian tangan yang terputus itu berjaya dijumpai dan prosedur mencantumkannya semula berjaya.
Polis yang sangsi dengan kenyataan wanita itu bahawa tangannya cedera ketika memotong dahan pokok kemudian menahan suspek dan empat ahli keluarganya.
Wanita itu berdepan hukuman penjara lapan tahun jika didapati bersalah.
Agensi
Tue Mar 12 2019

Tindakan itu dipercayai dengan bantuan ahli keluarganya adalah bagi menuntut pampasan insurans kecederaan kekal sekitar RM1.8 juta serta bayaran bulanan kira-kira RM18,000. -Gambar hiasan
Keterlanjuran, salah guna kuasa menyukarkan usaha kerajaan
Perdana Menteri menegaskan bahawa sebarang keterlanjuran salah guna kuasa, rasuah, dan pengkhianatan akan menyukarkan usaha Kerajaan MADANI untuk merealisasikan impian menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing di pentas dunia.
Pemandu maut, penumpang cedera lori jatuh gaung di Kuala Krai
Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas lori yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di kilometer 79 Jalan Kota Bharu-Gua Musang (Bukit Ah Kim), Kuala Krai pada Sabtu.
Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan beberapa menteri lain hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia pada petang Sabtu.

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

Muslihat gadis gergaji tangan sendiri hingga putus terbongkar
Perempuan yang berumur 21 tahun ini bertindak berani memotong pergelangan tangannya sehingga putus dengan menggunakan gergaji bulat.