Sesi bertafakur selama dua minit (two-minute silence) akan diadakan Jumaat ini di New Zealand sebagai memperingati mangsa yang terkorban dalam tragedi serangan di dua masjid di Christchurch, minggu lalu.
Memetik laporan portal TVNZ, selain itu laungan azan juga akan disiarkan menerusi televisyen dan radio di seluruh negara itu.
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berkata, ia merupakan tanda sokongan kepada umat Islam di sana untuk kembali ke masjid.
"Saya tahu ada banyak pihak mempunyai hasrat untuk menunjukkan sokongan kepada masyarakat Islam untuk kembali ke masjid, terutama hari Jumaat.
BACA: Hari Tudung tanda sokongan wanita New Zealand Jumaat ini
"Bagi menghebahkan kegiatan bertafakur dua minit pada hari Jumaat. Kami juga akan menyiarkan laungan azan ke seluruh negara di TVNZ dan RadioNZ," katanya dalam satu sidang media pada Rabu.
Menurut Ardern, masa tuntuk sesi bertafakur serta penyiaran azan itu akan ditentukan tidak lama lagi.
Ardern juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang pantas bertindak dalam membantu mangsa pada hari insiden tersebut yang mengorbankan 50 nyawa itu.
Agensi
Wed Mar 20 2019

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berkata, ia merupakan tanda sokongan kepada umat Islam di sana untuk kembali ke masjid. - Foto AP
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Dewan Rakyat bertafakur, sedekah Al-Fatihah kepada Syed Husin
Dewan Rakyat bertafakur selama seminit bagi menghormati dan memperingati pemergian Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr Syed Husin Ali yang meninggal dunia, Sabtu lalu.

Gempa bumi Turkiye, Syria: Agong ajak ahli Parlimen bertafakur, sedekahkan al-Fatihah
Agong memulakan titah mengajak ahli Parlimen bertafur dan menyedekahkan al-Fatihah bagi mengingati mangsa gempa bumi Turkiye dan Syria.

Tanah runtuh Batang Kali: Murid, guru bertafakur memperingati mangsa
Ibu bapa murid-murid turut berada di luar pagar sekolah bagi mengikuti majlis perhimpunan berkenaan yang berakhir sekitar jam 8 pagi.

Tanah runtuh Batang Kali: DUN Perak bertafakur
Persidangan DUN Perak bertafakur selama kira-kira seminit bagi memperingati insiden tanah runtuh tapak perkhemahan.

Putera Harry bertafakur kematian Chevy Beh
Putera Britain itu memperingati mendiang yang sepatutnya menyertai sukan amal Kejohanan Piala Sentebale ISPS Handa Polo pada Khamis.

Penduduk beri penghormatan terakhir kepada David Amess
Penduduk di Leigh-on-Sea bertafakur seketika bagi memberikan penghormatan terakhir kepada David Amess.

Penghormatan terakhir buat mangsa korban akibat COVID-19 di China
Upacara penghormatan terakhir dan bertafakur selama tiga minit dilakukan di seluruh negara pada Sabtu pada jam 10 pagi.

PH perlu pertahankan kerusi Tanjung Piai - Loke
Pengerusi DAP Negeri Sembilan itu berkata, semua jentera PH perlulah bekerja keras baik diperingkat pusat mahu pun negeri.

TFC dedikasi kemenangan buat Mohd Suffian - Jurulatih sementara
Jurulatih sementara TFC, Nafuzi Zain berkata pemergian mengejut pemain paling senior akibat serangan jantung pada pukul 1.10 tengah hari semalam itu amat dirasai seluruh pasukan.

New Zealand bertafakur, siar azan seluruh negara Jumaat ini
Jacinda Ardern mengadakan pertemuan dengan pemimpin masyarakat Islam dan menganggap ini sebagai "penyelesaian" untuk menyokong umat Islam