JIANGXI: Seorang wanita di Jiangxi timur mencetuskan panik dalam kalangan wanita di China apabila mendakwa menemui jarum pada produk tuala wanita yang dibelinya.
Lebih mengejutkan lagi apabila jarum itu didakwa dijumpai pada jenama tuala wanita popular di negara itu.
Video yang dimuat naik di Weibo itu menarik perhatian ramai sejak mula dikongsi pada Sabtu, dan sudah ditonton lebih 500 juta kali di platform blog mikro itu pada Isnin.
"Sekiranya jarum itu sudah ada ketika proses pengilangannya, ia membawa risiko kesihatan yang besar," kata wanita yang berkongsi video itu kepada media.
Wanita itu turut mendesak pengilang terbabit melakukan siasatan.
Susulan kejadian, pemilik jenama tuala wanita terkemuka China itu tampil memohon maaf dan berjanji akan melakukan siasatan dalaman berhubung dakwaan tersebut dan mengumumkan hasil siasatan secepat mungkin.
Astro Awani
Tue Jun 08 2021

Jarum yang ditemukan pada produk tuala wanita di China. -Video tular

Keputusan ibu bapa Zayn Rayyan batal pertuduhan pada 4 Mac
Mahkamah Tinggi menetapkan 4 Mac untuk keputusan permohonan ibu bapa kepada Zayn Rayyan bagi membatalkan pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik itu.
Kerajaan laksana “Project Earth” untuk rombak LTAT dan struktur semula Boustead
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan syarikat utamaya, Boustead Holdings Bhd, akan distruktur semula di bawah rancangan baharu yang dikenali sebagai ‘Project Earth’.

Petronas nafi ‘buang’ 16,000 pekerja, ‘right-sizing’ dijangka pertengahan tahun ini
Petronas menafikan dakwaan bahawa syarikat minyak dan gas nasional itu akan memberhentikan kira-kira 16,000 pekerja.
Dagangan dua hala Malaysia-Vietnam naik 4.4 peratus kepada AS$18.14 bilion - Duta
Perdagangan Malaysia-Vietnam pada 2024 meningkat 4.4 peratus kepada 18.14 bilion Dolar Amerika (RM83.11 bilion), berbanding 17.38 bilion Dolar Amerika pada 2023, menunjukkan pertumbuhan positif dalam hubungan dagangan ASEAN.
Rusia tawar AS teroka logam nadir bumi
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menawarkan peluang kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dalam meneroka simpanan logam nadir bumi di Rusia serta membekalkan aluminium ke pasaran domestik AS sebagai sebahagian daripada perjanjian ekonomi masa depan.
MITI sasar pertumbuhan pelaburan lulus sebanyak lima peratus
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar pertumbuhan pelaburan diluluskan negara sebanyak lima peratus bagi tahun 2025.
Malaysia perlu menerajui usaha pengeluaran minyak sawit mampan
Malaysia, pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia, mesti menerajui usaha kemampanan dan mengambil langkah berani untuk menjuarai usaha mengeluarkan minyak sawit yang mampan, terutama ketika dunia semakin memberi tumpuan kepada tanggungjawab alam sekitar.
Perkembangan sidang media prestasi kewangan PETRONAS
Lintas langsung bersama Wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad bagi memperincikan sidang media pengumuman prestasi kewangan Kumpulan Petronas.
PETRONAS catat keuntungan bersih RM55.1 bilion, turun 32 peratus
Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM55.1 bilion, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

116 pelatih PLKN 3.0 berjaya tamat latihan hari ini, modul latihan diterima baik - Adly
Sebanyak 116 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 siri pertama berjaya menamatkan latihan selama 45 hari hari ini.

Panik jumpa jarum pada tuala wanita jenama popular China
Video yang dimuat naik di Weibo itu menarik perhatian ramai sejak mula dikongsi pada Sabtu, dan sudah ditonton lebih 500 juta kali di platform blog mikro itu pada Isnin.