Skip to main content

Dunia

Penduduk berkabung buaya kesayangan ditemui mati

61551962010_Publicmemorialplan.jpg
61551962010_Publicmemorialplan.jpg

Advertisement

PENDUDUK di Cardwell, Australia berduka apabila buaya kesayangan mereka ditemukan mati akibat ditembak pada kepala pada Khamis.

Buaya yang diberi nama Bismarck itu sangat popular dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong yang berkunjung ke Cardwell.

Dianggarkan berusia sekitar 80 tahun, reptilia sepanjang 4.5 meter itu ditemui terapung oleh seorang nelayan di Meunga Creek.

โ€œCardwell, ucapkan selamat tinggal kepada salah satu daripada daya tarikan terbesar ini. Bismarck tidak pernah pun mengancam manusia,โ€ kata Ryan Mooday, nelayan yang menemui bangkai haiwan itu dalam laman Facebook miliknya.

Kata Moody, penduduk di kawasan itu kini bimbang sekiranya ada reptilia lain yang labih agresif timbul ke kawasan itu yang sebelum ini โ€˜dijagaโ€™ oleh Bismarck.

Penduduk di kawasan itu sedang merancang untuk mengadakan hari memperingati Bismarck yang dilengkapi dengan upacara berkabung.

Must Watch Video

Advertisement