Skip to main content

Dunia

Perancis dalam keadaan waspada maksimum ketika kerajaan pertimbang larang perhimpunan seterusnya

Timbalan Menteri Dalam Negeri Perancis turut memberitahu penempatan pasukan keselamatan pada Sabtu adalah "20 peratus lebih tinggi" berbanding pada 17 Oktober. - AP
Timbalan Menteri Dalam Negeri Perancis turut memberitahu penempatan pasukan keselamatan pada Sabtu adalah "20 peratus lebih tinggi" berbanding pada 17 Oktober. - AP

Advertisement

ISTANBUL: Timbalan Menteri Dalam Negeri Perancis memberi amaran pada Khamis bahawa kerajaan mengekalkan "tahap kewaspadaan maksimum" menjelang demonstrasi seluruh negara yang dirancang pada 24 Oktober, dan tidak menolak kemungkinan melarang perhimpunan seterusnya, lapor Anadolu Ajansi.

"Kami berada pada tahap kewaspadaan maksimum" untuk 24 Okt, kata Jean-Didier Berger kepada penyiar BFMTV.

Beliau berkata kerajaan "sama sekali tidak menolak sebarang kemungkinan dalam beberapa hari dan minggu akan datang" jika dirasakan perlu untuk melarang perhimpunan atau acara kebudayaan dan sukan.

Berger turut memberitahu penempatan pasukan keselamatan pada Sabtu adalah "20 peratus lebih tinggi" berbanding pada 17 Oktober.

"Kami telah membekukan cuti. Kami mengarahkan semula anggota yang sepatutnya bercuti untuk bertugas," katanya.

Pasukan Sentinelle juga akan ditempatkan, bersama unit khas seperti GIGN dan RAID.

Tunjuk perasaan di seluruh negara berlaku pada 17 Okt berhubung kos sara hidup dan harga bahan api, yang melibatkan penunjuk perasaanYellow Vest dan pelajar.

Pihak berkuasa melaporkan kerosakan pada premis perniagaan dan bangunan awam, sekali gus membawa kepada pelaksanaan perintah berkurung setempat di beberapa bandar raya.

Demonstrasi seterusnya dirancang pada 24 Okt, manakala kesatuan pekerja telah menyeru mogok dan hari protes di seluruh negara pada 5 Nov.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video

Advertisement