Skip to main content
Advertisement

Dunia

Perancis umum perubahan saat akhir lokasi mesyuarat G7 dari Marseille ke Paris

Penunjuk perasaan menyertai mogok dan demonstrasi di seluruh Perancis yang dianjurkan kesatuan sekerja bagi membantah isu gaji, kos sara hidup serta mutu perkhidmatan awam, dengan turut disertai pelajar sekolah menengah dan universiti. - Foto REUTERS
Penunjuk perasaan menyertai mogok dan demonstrasi di seluruh Perancis yang dianjurkan kesatuan sekerja bagi membantah isu gaji, kos sara hidup serta mutu perkhidmatan awam, dengan turut disertai pelajar sekolah menengah dan universiti. - Foto REUTERS
Advertisement

PARIS: Kementerian Luar Perancis pada Khamis mengumumkan bahawa Mesyuarat Menteri Luar Kumpulan Tujuh (G7) yang dijadual berlangsung minggu depan dipindahkan dari Marseille ke Paris atas alasan logistik, dalam satu perubahan luar biasa yang dibuat pada saat akhir, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menteri Luar negara anggota G7, iaitu kumpulan tujuh negara perindustrian utama dunia, dijadual mengadakan pertemuan pada Isnin dan Selasa minggu depan bagi membincangkan keselamatan maritim dan pelabuhan, selain konflik di Asia Barat dan Ukraine.

Kementerian Luar Perancis berkata lokasi mesyuarat turut diubah berikutan Forum Keamanan Paris yang akan berlangsung sejurus selepas mesyuarat menteri luar berkenaan, iaitu pada Rabu dan Khamis.

Advertisement

"Pemilihan Paris memastikan kelancaran penganjuran kedua-dua acara antarabangsa ini," menurut kementerian itu.

Tarikh bagi kedua-dua mesyuarat berkenaan diketahui lebih enam bulan lalu manakala Marseille ditetapkan sebagai bandar tuan rumah bagi rundingan G7 sejak beberapa bulan lalu.

Advertisement

Bandar pelabuhan itu, serta Paris adalah antara lokasi yang terjejas berikutan rusuhan yang tercetus akibat protes besar-besaran di seluruh Perancis pada bulan lepas.

Negara anggota G7 terdiri daripada Perancis, Jerman, United Kingdom, Itali, Jepun, Kanada dan Amerika Syarikat.

Menteri Luar Ukraine serta beberapa negara rakan lain turut dijemput menghadiri persidangan minggu depan.

-- BERNAMA-dpa

 

 

Must Watch Video

Advertisement