Skip to main content
Advertisement

Dunia

Polis serbu Korea Airports Corp. berhubung nahas Jeju Air

71735624396_jejuair.jpg
Nahas pesawat Jeju Air pada 2024 mengorbankan 179 orang. - Gambar fail/ Reuters
Advertisement

SEOUL: Polis pada Selasa menyerbu Korea Airports Corp. (KAC) dan dua lokasi lain bagi mendapatkan bahan bukti berkaitan siasatan nahas pesawat Jeju Air pada 2024 yang mengorbankan 179 orang, lapor Agensi Berita Yonhap.

Pasukan khas yang mengendalikan siasatan itu berkata anggotanya dikerahkan ke KAC, yang menguruskan kebanyakan lapangan terbang utama domestik kecuali Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, selain Kementerian Pengangkutan dan Pejabat Penerbangan Wilayah Busan.

Serbuan itu bertujuan mendapatkan bahan tambahan berkaitan dakwaan kecuaian profesional sehingga menyebabkan kematian atau kecederaan, antara pertuduhan yang dihadapi 74 suspek setakat ini, menurut seorang pegawai pasukan itu.

Ini kali ketiga penyiasat melakukan penggeledahan di Kementerian Pengangkutan.

Menurut polis, pertuduhan tambahan kerana menyebabkan bencana awam serius juga mungkin dikenakan.

Siasatan tertumpu kepada usaha menentukan punca nahas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan pada 29 Dis 2024 serta sama ada agensi berkaitan telah mengendalikan insiden itu dengan sewajarnya.

-- BERNAMA-YONHAP

 

 

Must Watch Video

Advertisement