Polis Thai pada Isnin memanggil tokoh pembangkang paling tersohor di Thailand, Thanathorn Juangroongruangkit untuk mendengar pertuduhan berkaitan dengan perhimpunan di Bangkok pada 14 Dis.
Ketua Polis Pathumwan,Kol Patikorn Sornchai berkata polis telah mengeluarkan arahan kepada pemimpin Future Forward Party (FFP) Thanathorn dan ahli parti, Pairatchote Chantarakhachorn untuk melapor diri di balai polis Pathumwan pada 10 pagi (waktu tempatan) pada Jumaat.
Beliau berkata dua eksekutif parti -- setiausaha agung Piyabutr Saengkanokkul dan jurucakap parti Pannika Wanich -- dan Ahli Parlimen (MP) daripada parti itu Pita Limjaroenrat akan dipanggil sebaik sahaja polis mendapat kebenaran daripada Yang Dipertua Parlimen.
Tiga MP itu dilindungi oleh imuniti Parlimen semasa sidang sedang berlangsung.
Polis berkata Thanathorn telah meminta penyokong parti mengadakan perhimpunan di Bangkok pada 14 Dis bagi menuntut keadilan dan kesamarataan.
Thanathorn turut menghantar ciapan di Twitter bahawa kini masanya untuk rakyat "membuat bising".
Police berkata penganjur perhimpunan itu telah melanggar Akta Perhimpunan Awam termasuk gagal memberi notis kepada pihak berkuasa, gagal mengawal peserta perhimpunan dan menggunakan pembesar suara tanpa kebenaran.
Beberapa media melaporkan bahawa ia merupakan protes terbesar di Thailand selepas rampasan kuasa 2014.
Pada 11 Dis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand meminta Mahkamah Perlembagaan memansuhkan FFP berikutan Thanathorn telah melanggar Akta Parti Politik dengan memberi pinjaman 191 juta baht kepada parti.
Bulan lepas, kelayakan Thanathorn sebagai MP dibatalkan selepas mahkamah mendapati beliau telah melanggar undang-undang pilihan raya.
Beliau didapati bersalah melanggar Seksyen 98(3) Perlembagaan susulan masih menjadi pemegang saham dalam V-Luck Media Company semasa menjadi calon dalam pilihan raya umum Thailand pada 24 Mac.
FFP menduduki tempat ketiga dalam pilihan raya itu dan menjadi sebahagian blok pembangkang. Ketika ini FFP mempunyai 79 MP di Dewan rakyat, Parlimen.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 23 2019

Polis berkata Thanathorn (gambar) telah meminta penyokong parti mengadakan perhimpunan di Bangkok pada 14 Dis bagi menuntut keadilan dan kesamarataan. - REUTERS/Soe Zeya

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Thanathorn berdepan tuduhan jenayah
Jika disabitkan bersalah, jutawan berusia 41 tahun itu boleh dikenakan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, denda sehingga 200,000 baht dan larangan menyertai politik selama 20 tahun.

Ejen Guardiola beri bayangan kekal di City
Minggu lalu, siasatan mendapati juara Liga Perdana Inggeris itu bersalah dalam menyatakan tajaan keuntungan dalam akaun yang dihantar kepada UEFA di antara 2012 dan 2016.

21 Jan keputusan sama ada parti pembangkang Thailand FFP dibubarkan
Ia berikutan petisyen yang difailkan oleh peguam Natthaporn Toprayoon pada Julai memohon bagi pembubaran parti itu.

Polis Thai panggil pemimpin pembangkang berhubung tuduhan berkaitan perhimpunan
Polis telah mengeluarkan arahan kepada pemimpin Future Forward Party (FFP) Thanathorn dan ahli parti, Pairatchote Chantarakhachorn untuk melapor diri di balai polis Pathumwan pad Jumaat.

Manchester City tipu UEFA?
Manchester City dilaporkan menyembunyikan sebuah dana pembelian pemain bagi mengelak hukuman Financial Fair Play (FFP) UEFA.