Skip to main content

Dunia

Polis tutup jalan utama beli-belah di Frankfurt susulan rusuhan

Keganasan itu tercetus selepas polis menyuraikan demonstrasi yang dianjurkan beberapa pimpinan golongan muda susulan serangan berulang kali terhadap anggota keselamatan. - Foto Reuters
Keganasan itu tercetus selepas polis menyuraikan demonstrasi yang dianjurkan beberapa pimpinan golongan muda susulan serangan berulang kali terhadap anggota keselamatan. - Foto Reuters

Advertisement

Advertisement

FRANKFURT: Polis Jerman menutup sebuah jalan utama yang menjadi tumpuan membeli-belah di pusat bandar Frankfurt pada malam Sabtu selepas perusuh memecahkan cermin tingkap premis perniagaan, merompak kedai serta menyerang anggota polis susulan satu demonstrasi, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Jalan Zeil, antara kawasan beli-belah paling sibuk di Jerman ditutup kepada orang ramai yang ingin memasuki kawasan itu, manakala polis menggesa mereka yang berada di lokasi supaya segera beredar.

"Individu yang tidak terlibat dan masih berada di Zeil boleh meninggalkan kawasan itu. Laluan masuk ke Zeil kini ditutup," menurut polis.

Advertisement

Keadaan huru-hara tercetus di sepanjang jalan berkenaan apabila wartawan dpa menyaksikan sekumpulan individu memecah masuk ke beberapa kedai dan mencuri kasut sukan serta barangan lain.

Jurucakap polis berkata sebuah kedai khusus menjual senjata api turut diserbu, menyebabkan beberapa individu ditahan.

Advertisement

Polis yang tiba di lokasi berjaya merampas dua senjata, namun jenis senjata berkenaan tidak didedahkan.

Polis turut melaporkan serangan terhadap anggotanya, termasuk menggunakan alat pembakar.

Keganasan itu tercetus selepas polis menyuraikan demonstrasi yang dianjurkan beberapa pimpinan golongan muda susulan serangan berulang kali terhadap anggota keselamatan.

Sejumlah besar anggota polis dikerahkan ke sekitar Zeil, manakala orang ramai dinasihatkan supaya mengelakkan kawasan pusat bandar Frankfurt.

-- BERNAMA-dpa

Must Watch Video

Advertisement