Skip to main content

Dunia

Remaja AS didakwa bunuh ibu, adik dengan bantuan AI

Arjun Aravind listens as his lawyer Debra DeWitt speaks during his arraignment at Concord District Court in Concord, Mass., on Thursday, Aug. 13, 2026, for the murders of his mother and younger brother at their home in Acton, Mass. (Lane Turner/The Boston Globe via AP)
Arjun Aravind mendengar peguamnya, Debra DeWitt, bercakap semasa prosiding di Mahkamah Daerah Concord, Concord, Massachusetts, 13 Ogos 2026, berhubung pertuduhan membunuh ibu dan adiknya di rumah mereka di Acton, Massachusetts. (Foto AP)
Advertisement

ISTANBUL: Seorang remaja di negeri Massachusetts, Amerika Syarikat (AS) didakwa membunuh ibu dan adiknya selepas menggunakan kecerdasan buatan (AI) “untuk mendapatkan idea teori atau fantasi berkaitan pembunuhan keluarganya”, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Anadolu Ajansi memetik NBC News.

Arjun Aravind, 17, didakwa atas dua pertuduhan membunuh pada Rabu berhubung kematian Sudha Venkatesan, 45, dan Siddharth Aravind, 14, menurut kenyataan daripada pendakwa raya Daerah Middlesex.

Tutor suspek, yang dijadualkan melawat rumah keluarga berkenaan pada Selasa, “gagal menghubungi penghuni rumah sejurus tiba di lokasi,” kata pendakwa raya menurut NBC News.

Bapa suspek, yang kali terakhir bercakap dengan isterinya sebelum keluar bekerja pada pagi kejadian, kemudian bertindak menghubungi polis. Anggota polis “menemukan kedua-dua mangsa telah meninggal dunia di dalam rumah”, dengan adik Arjun ditemukan di tingkat satu manakala ibunya di tingkat bawah tanah.

“Siasatan susulan menunjukkan Arjun baru-baru ini memperlihatkan tingkah laku yang mencurigakan, termasuk menggunakan internet dan ChatGPT untuk membuat carian berkaitan idea teori atau fantasi membunuh keluarganya,” kata pejabat peguam daerah dalam satu kenyataan.

“Arjun didakwa menyerang ibu dan adiknya sehingga maut di dalam rumah mereka semalam sebelum melarikan diri dari tempat kejadian,” katanya.

Pihak berkuasa memaklumkan suspek dan kenderaan ibunya, sebuah Honda Accord hijau model 2014, tidak kelihatan semasa polis menemui mayat mangsa.

Awal pagi Rabu, penggera keselamatan dicetuskan di sebuah kawasan tempat letak kereta berhampiran Wayland, tempat pegawai penguat kuasa undang-undang menemui kenderaan berkenaan dengan Aravind berada di dalamnya, menurut NBC.

Beliau ditahan tanpa sebarang insiden.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement