Skip to main content

Dunia

Rusia miliki rizab arang batu kedua terbesar dunia - Putin

Russian President Vladimir Putin speaks during a meeting with representatives of international news agencies on the sidelines of the St. Petersburg International Economic Forum, at the Constantine Palace in St. Petersburg, Russia, June 4, 2026. Dmitri Lovetsky/Pool via REUTERS
Putin berkata industri itu mengekalkan pengeluaran arang batu sebanyak 440 juta tan metrik tahun lepas, selain terus meningkatkan produktiviti buruh yang mencatat kenaikan 18 peratus dalam tempoh lima tahun. - Gambar/ Reuters
Advertisement

MOSCOW: Presiden Vladimir Putin berkata Rusia memiliki rizab arang batu kedua terbesar di dunia dan terus menjadi antara peneraju pasaran global meskipun industri itu kini berdepan pelbagai cabaran, lapor Agensi Berita Rusia TASS.

“Arang batu, kok, bijih besi dan mineral lain Rusia yang dikurniakan alam dengan begitu banyak kepada negara ini kekal sebagai antara asas ekonomi negara. 

"Negara kita mempunyai rizab arang batu kedua terbesar di dunia, menduduki tempat ketiga dalam eksport arang batu dan keenam dari segi pengeluaran.

“Rusia terus mengekalkan kedudukan utama dalam pasaran global meskipun industri arang batu kini melalui tempoh yang mencabar,” kata Putin dalam perutusan video kepada pelombong sempena Hari Pelombong.

Putin berkata industri itu mengekalkan pengeluaran arang batu sebanyak 440 juta tan metrik tahun lepas, selain terus meningkatkan produktiviti buruh yang mencatat kenaikan 18 peratus dalam tempoh lima tahun.

“Kami akan terus melakukan segala yang mungkin untuk membangunkan industri arang batu. 

"Kami akan menangani pengoptimuman logistik pengangkutan, keselamatan di tempat kerja, kualiti hidup keluarga pelombong serta usaha menambah baik bandar dan pekan,” kata beliau. 

Putin berkata kejayaan pelombong menerapkan inovasi digital dan menggunakan peralatan berprestasi tinggi membuktikan bahawa “perlombongan arang batu moden ialah industri masa hadapan.”

Beliau turut berkata industri arang batu perlu memberi keutamaan kepada latihan tenaga kerja serta meningkatkan imej profesion perlombongan.

-- BERNAMA-TASS

 

 

Must Watch Video

Advertisement