Ringkasan AI
- Sekurang-kurangnya 14 orang maut dalam kebakaran besar di sebuah bangunan kediaman bertingkat di Taiyuan, Shanxi, China pada Ahad.
- Seramai 25 mangsa menerima rawatan di hospital, termasuk sembilan yang cedera parah, selepas kebakaran bermula di tingkat empat dan merebak ke tingkat lapan serta sembilan.
- Operasi menyelamat ditamatkan pada jam 8.30 malam, sementara punca kebakaran masih disiasat oleh pihak berkuasa tempatan.
TAIYUAN: Sekurang-kurangnya 14 orang maut dalam kebakaran sebuah bangunan kediaman bertingkat di Taiyuan, ibu kota wilayah Shanxi di utara China, pada Ahad.
Agensi berita rasmi Xinhua melaporkan kejadian itu turut menyebabkan 25 mangsa menerima rawatan di hospital, dengan sembilan daripadanya dilaporkan cedera parah.
Menurut laporan, kebakaran bermula kira-kira jam 5 petang di tingkat empat bahagian tambahan pangsapuri sebelum merebak ke tingkat lapan dan sembilan yang menempatkan sebuah hotel.
Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan asap tebal menyelubungi bangunan 40 tingkat itu ketika anggota bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan kren dari luar bangunan.
Bangunan berkenaan menempatkan pelbagai premis termasuk hotel, penginapan sewa jangka pendek, premis perniagaan kecil serta pusat tuisyen.
Jurucakap pihak berkuasa tempatan berkata operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.30 malam selepas kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan.
Punca kebakaran masih belum dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapa ramai mangsa yang terkorban dalam kebakaran bangunan di Taiyuan, China?
A: Sekurang-kurangnya 14 orang maut dalam kebakaran tersebut. - Q: Bilakah dan di mana kebakaran itu berlaku?
A: Kebakaran berlaku pada hari Ahad di sebuah bangunan kediaman bertingkat di Taiyuan, ibu kota wilayah Shanxi, utara China. - Q: Berapa ramai mangsa yang cedera dan menerima rawatan di hospital?
A: Seramai 25 mangsa menerima rawatan di hospital, dengan sembilan daripadanya cedera parah. - Q: Apakah jenis premis yang terdapat dalam bangunan tersebut?
A: Bangunan itu menempatkan hotel, penginapan sewa jangka pendek, premis perniagaan kecil, dan pusat tuisyen. - Q: Adakah punca kebakaran telah dikenal pasti?
A: Punca kebakaran masih belum dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.