Ringkasan AI
- Bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, memohon pasport baharu untuk pulang ke Bangladesh selepas lebih dua tahun berada di India.
- Kerajaan Bangladesh menuntut penyerahan rasmi beliau di bawah perjanjian ekstradisi, sementara India masih meneliti permohonan tersebut mengikut prosedur sedia ada.
- Sheikh Hasina dijatuhi hukuman mati in absentia atas kesalahan jenayah terhadap kemanusiaan, namun beliau menafikan tuduhan dan berhasrat kembali pada Disember ini.
DHAKA: Bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, secara rasmi memfailkan permohonan untuk mendapatkan pasport baharu bagi membolehkannya pulang ke tanah air selepas lebih dua tahun berada di India susulan kejatuhan pentadbirannya pada Ogos 2024.
Permohonan itu dikemukakan menerusi surat rasmi yang dihantar peguamnya kepada Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di New Delhi, India, bagi mendapatkan semula dokumen perjalanan serta hak beliau sebagai warganegara Bangladesh, lapor Independent.
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan Bangladesh terus menuntut Sheikh Hasina diserahkan semula ke negara itu secara rasmi di bawah perjanjian ekstradisi yang berkuat kuasa di antara kedua-dua negara.
Menteri Undang-Undang Bangladesh, Md Asaduzzaman, sebelum ini berkata permohonan rasmi telah dihantar kepada New Delhi bagi membolehkan bekas perdana menteri itu dibawa pulang untuk menghadapi proses perundangan.
Bagaimanapun, India setakat ini dilaporkan masih meneliti permohonan tersebut mengikut prosedur sedia ada.
Sheikh Hasina meninggalkan Bangladesh pada 5 Ogos 2024 selepas gelombang protes besar-besaran yang dipimpin pelajar membawa kepada kejatuhan kerajaan pimpinannya.
Pada 17 November 2025, Tribunal Jenayah Antarabangsa (ICT) Bangladesh menjatuhkan hukuman mati secara in absentia terhadap beliau atas kesalahan berkaitan jenayah terhadap kemanusiaan.
Menurut laporan antarabangsa, hampir 1,400 orang terkorban dalam insiden keganasan yang berlaku semasa kebangkitan rakyat pada 2024.
Sheikh Hasina bagaimanapun menafikan semua tuduhan terhadapnya dan mempertikaikan kesahihan prosiding tribunal berkenaan.
Walaupun berdepan risiko penahanan sebaik pulang, beliau dilaporkan berhasrat kembali ke Bangladesh pada Disember ini untuk menyerah diri dan menghadapi proses mahkamah.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Mengapa Sheikh Hasina memohon pasport baharu?
A: Sheikh Hasina memohon pasport baharu bagi membolehkannya pulang ke Bangladesh selepas lebih dua tahun berada di India susulan kejatuhan pentadbirannya pada Ogos 2024. - Q: Apakah tindakan kerajaan Bangladesh terhadap Sheikh Hasina?
A: Kerajaan Bangladesh menuntut agar Sheikh Hasina diserahkan semula ke negara itu secara rasmi di bawah perjanjian ekstradisi yang berkuat kuasa antara Bangladesh dan India. - Q: Apakah status permohonan ekstradisi Sheikh Hasina oleh India?
A: India masih meneliti permohonan ekstradisi Sheikh Hasina mengikut prosedur sedia ada. - Q: Apakah hukuman yang dijatuhkan ke atas Sheikh Hasina oleh Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh?
A: Tribunal Jenayah Antarabangsa (ICT) Bangladesh menjatuhkan hukuman mati secara in absentia terhadap Sheikh Hasina atas kesalahan berkaitan jenayah terhadap kemanusiaan. - Q: Berapakah jumlah korban semasa kebangkitan rakyat pada 2024?
A: Menurut laporan antarabangsa, hampir 1,400 orang terkorban dalam insiden keganasan semasa kebangkitan rakyat pada 2024.