Skip to main content

Dunia

Tiada rundingan dengan Iran sedang berlangsung atau dijadualkan - Trump

President Donald Trump speaks in the Oval Office of the White House about Dulles International Airport modernization, Wednesday, July 29, 2026, in Washington. (AP Photo/Julia Demaree Nikhinson)
Donald Trump berkata Selat Hormuz kekal terbuka di bawah sekatan tentera laut oleh Washington. - Gambar fail/AP
Advertisement

ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menegaskan pada Selasa bahawa tiada sebarang rundingan dengan Iran sedang berlangsung atau dijadualkan, lapor Anadolu Ajansi.

Beliau berkata Selat Hormuz kekal terbuka di bawah sekatan tentera laut oleh Washington.

"Tiada rundingan atau perbincangan yang sedang berlaku atau dijadualkan dengan Republik Islam Iran," tulis Trump menerusi platform Truth Social miliknya.

"Sekatan Tentera Laut kekal berkuat kuasa sepenuhnya. Selat Hormuz dibuka dan beroperasi. Semua periuk api di air telah dialihkan atau diletupkan," kata beliau.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video

Advertisement