Skip to main content

Dunia

Trump ucap tahniah kepada calon Demokrat

Trump ucap tahniah kepada calon Demokrat atas prestasi baik mereka dalam pilihan raya pertengahan penggal berikutan beberapa siri kekalahan calon Republikan. -Gambar fail/Reuters
Trump ucap tahniah kepada calon Demokrat atas prestasi baik mereka dalam pilihan raya pertengahan penggal berikutan beberapa siri kekalahan calon Republikan. -Gambar fail/Reuters
Advertisement

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengucapkan tahniah kepada calon Demokrat atas prestasi baik mereka dalam pilihan raya pertengahan penggal berikutan beberapa siri kekalahan calon Republikan, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

"Baiklah, saya katakan ini: tahniah kepada Demokrat. Mereka melakukan kerja yang baik," kata Trump kepada Fox News.

Beliau berkata Demokrat telah berusaha ke arah detik ini sejak sekian lama.

Advertisement

Trump, bagaimanapun, menafikan bahawa keputusan itu mewakili kekalahan peribadi.

"Saya tidak menyertai undian," menurut hantaran pada platform media sosial beliau Truth Social.

Advertisement

Demokrat memenangi kawalan terhadap kedua-dua dewan Kongres, menurut unjuran oleh penyiar AS, meraih beberapa kerusi yang sebelum ini dipegang oleh Republikan di Senat dan menguatkan kedudukan di Dewan Perwakilan.

Keputusan itu merupakan tamparan hebat untuk Trump, yang telah berkempen untuk beberapa calon Republikan.

-- BERNAMA-dpa 

 

 

Must Watch Video

Advertisement