Rancangan bersiri televisyen pada hari ini menjadi kegilaan sebahagian besar penonton tidak kira dari dalam mahu pun luar negara.
Menerusi satu kajian yang dijalankan, rakyat Malaysia rata-ratanya memilih episod akhir siri Game of Thrones sebagai siri kegemaran mereka di antara 10 pilihan yang disenaraikan.
Itu bukan satu kejutan, malahan sudah boleh dijangkakan apabila episod akhir siri berkenaan, The Iron Throne mencecah jumlah tontonan 19.3 juta penonton.
Ia sekali gus menjulang siri sebanyak lapan musim itu ke tangga nombor satu carta berbanding siri-siri lain yang turut memiliki pengikut tersendiri.
1. Game of Thrones
Racangan ini merekod sejarahnya yang tersendiri apabila menerima sebanyak 32 pencalonan untuk kategori rancangan televisyen dan memenangi dua daripadanya iaitu Outstanding Drama Series dan Outstanding Actor Drama Series.
2. The Big Bang Theory
Mengisahkan sekumpulan rakan dalam kalangan bijak pandai bekerja sebagai saintis dan jurutera melalui hari-hari biasa mereka
3. Chernobyl
Menceritakan bencana nuklear Chernobyl yang terjadi di Republik Sosialis Soviet Ukraine pada April 1986
4. Watchmen dan The Boys (berkongsi kedudukan keempat dan kelima)
5. Watchmen dan The Boys
Watchmen mengisahkan dunia distopia adiwira teragung daripada DC Comics sejak tahun 1986 (sekuel kepada filem Watchmen pada tahun 2009 arahan Zack Snyder)
The Boys pula diadaptasi daripada siri komik Dynamite Entertainment, karya Garth Ennis dan pelukis Darick Robertson. The Boys mengisahkan satu pasukan daripada operasi khas CIA untuk menjaga keamanan dunia.
6. His Dark Materials
Cerita ini bermula di dunia alternatif di mana semua manusia mempunyai sahabat haiwan yang disebut daemon, yang merupakan manifestasi jiwa manusia.
7. Unbelievable
Apabila seorang remaja dilaporkan telah dirogol, kemudian menceritakan kisahnya, dua detektif wanita mengikuti keterangan yang dapat mendedahkan kebenaran; berdasarkan kisah benar.
8. The Morning Show
Cabaran individu yang bekerja di program televisyen pagi sebagai permulaan hari untuk rakyat Amerika.
9. Euphoria
Kisah penceritaan yang telus dalam memotret kehidupan remaja Gen-Z di Amerika Syarikat
10. Dead To Me
Kisah persahabatan luar biasa Jen dan Judy. Jen sedang berkabung apabila suaminya mati akibat langgar lari, sementara Judy bersedih untuk tunangnya yang meninggal dunia akibat serangan jantung
Enam daripada 10 siri televisyen berkenaan boleh ditonton ditayangkan di saluran Astro dan boleh ditonton di Astro Go.
Tetapi, pengalamannya nyata berbeza jika anda menaik taraf dekoder kepada UHD! Layari www.astro.com.my/ultra untuk makluman lanjut.
Astro Awani
Mon Dec 30 2019

Siri Game of Thrones menjadi siri kegemaran rakyat Malaysia sepanjang 2019.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.

Malaysia terus pantau situasi perdagangan global, nilai implikasi ke atas ekonomi negara - Liew
Kerajaan terus memantau situasi perdagangan global dalam mendepani perubahan dasar perdagangan agresif oleh Amerika Syarikat (AS) dan menilai implikasinya ke atas perkembangan ekonomi negara.

Rusia, AS bakal berbincang dalam beberapa hari lagi - Kementerian Luar Rusia
Pegawai Rusia dan Amerika Syarikat (AS) boleh mengadakan rundingan dalam beberapa hari akan datang.

Pelajar anti-Israel tidak akan dihantar pulang - Mahkamah AS
Seorang hakim Mahkamah Amerika Syarikat memerintahkan pelajar Universiti Columbia berketurunan Palestin, Mahmoud Khalil tidak dihantar pulang buat masa ini.

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Rubio lawat Arab Saudi, Kanada bincang mengenai Ukraine, keselamatan global
Rubio dijadual memulakan lawatannya ke Jeddah pada Isnin selama tiga hari dan akan bertemu rakan sejawatannya dari Ukraine.

Perbicaraan warga Singapura kes curi mata wang kripto di AS pada 6 Okt
Mahkamah Amerika Syarikat (AS) menetapkan 6 Oktober tahun ini sebagai perbicaraan Malone Lam, lelaki warga Singapura yang didakwa mencuri dan melakukan pengubahan wang haram lebih US$230 juta.

Penangguhan bantuan AS kepada Ukraine langkah strategik dorong ke arah keamanan - Penganalisis
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump baru-baru ini untuk menangguhkan bantuan ketenteraan negara itu kepada Ukraine telah menarik perhatian antarabangsa.

Ramai rakyat Amerika tidak bersetuju tarif ke atas China, Mexico, Kanada - Tinjauan
Sebanyak 63 peratus rakyat Amerika Syarikat (AS) tidak menyokong keputusan Presiden Donald Trump untuk mengenakan tarif ke atas barangan dari China, Mexico dan Kanada.

Trump persoal pakatan keselamatan, Jepun suarakan 'keyakinan penuh' kepada AS
Jepun pada Jumaat menyuarakan "keyakinan penuh" bahawa Amerika Syarikat (AS) akan memenuhi kewajipannya di bawah perjanjian keselamatan dua hala untuk mempertahankan negara Asia itu.