Selepas menceburi perniagaan berasaskan kecantikan dan pakaian, artis Ardell Aryana yang juga isteri kepada aktor Nadzmi Adhwa buka pusat laser bulu pula beroperasi di Publika, Solaris Dutamas, di sini.
Perniagaan berkenaan diusahakannya bersama sepupunya, Dr Por Yan Sheng.
Ia merupakan cawangan ketiga dibuka selepas di One City, Subang Jaya dan Midvalley.
“Ukhuwah saya dan pakcik (Dr Por) sudah terjalin sekian lama. Kami selama ini banyak berkongsi pemikiran dalam dunia perniagaan.
“Biarpun jarak usia kami dekat, tapi saya bahasakan dia sebagai pakcik mengikut pangkat dan hormat. Banyak kali juga dia mengajak saya untuk bekerjasama. Namun rezeki hanya terjalin kali ini.
“Saya banyak melihat cara orang Cina berniaga menerusinya. Begitulah sebaliknya. Ia seperti satu perkongsian pintar yang kami jalinkan dalam perniagaan ini. Melihat kejayaan dua premis terdahulu diusahakannya, saya nekad untuk meneruskan kerjasama sulung ini,” kata Ardell.
Kata Ardell, perniagaan berkenaan tercetus kerana dia sendiri melihat kepekaan dirinya dalam menjaga kebersihan.
“Cuma pada awalnya ketika saya berkongsi video atau gambar membuat laser buang bulu, ada yang bertanya bolehkah wanita Islam melakukannya.
“Saya sendiri meleraikan persoalan itu dengan bertanya ustaz dan mereka yang lebih pakar. Dalam Islam sendiri mementingkan kebersihan. Jadi tak salah untuk kita membuang bulu jika ia memudaratkan atau memberi masalah.
“Macam contoh jika di muka atau dahi kita ada bulu yang serabut atau tebal, ia sedikit sebanyak menyukarkan untuk kita sujud dengan betul ketika bersolat,” katanya.
Menurutnya, sebagai wanita soal kebersihan diri perlu diutamakan.
"Kalau sudah berkahwin, semua itu dibuat untuk kebaikan saat bersama suami.
“Perhatian utama di Hairy Mary pun lebih kepada menanggalkan bulu secara kekal dengan kesan efektif,” katanya.
Sementara itu, Dr Por pula berkata, premis perniagaan mereka lebih memberi keutamaan kepada pelanggan wanita.
“Tapi untuk golongan lelaki juga kami sediakan untuk merapi atau menanggalkan bulu di bahagian tertentu seperti muka atau jambang," kata Dr Por.
Untuk maklumat lanjut boleh layari www.hairymary.com.my.
Astro Awani
Sun Dec 15 2019
Ardell Aryana bersama sepupunya, Dr Por Yan Sheng membuka pusat laser bulu yang beroperasi di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur untuk membantu golongan wanita khususnya dalam menjaga aspek kesihatan diri.
Bruno Fernandes tidak mahu penyokong Manchester United terbiasa kalah
Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, tidak sesekali mahukan penyokong pasukan itu membiasakan diri dengan kekalahan.
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
'Bismillah, doakan kami' - Nadzmi Adhwa, Ardell Aryana ke Syria
Menurut Nadzmi, misi selama 20 hari itu dilakukan dengan niat untuk membantu mereka yang memerlukan.
Ardell Aryana buka pusat tanggal bulu Hairy Mary
Selepas menceburi perniagaan berasaskan kecantikan dan pakaian, artis Ardell Aryana yang juga isteri kepada aktor Nadzmi Adhwa buka pusat laser bulu pula beroperasi di Publika, Solaris Dutamas.
'Teman tapi mesra paling sweet!' - Ardell Aryana gigil Nadzmi Adhwa sarung cincin
Tangan Ardell juga kelihatan menggigil ketika acara tersebut dan pelakon tersebut dilihat mengalirkan air mata kerana terlalu gementar.
Ardell Aryana sakit kanser tahap 3?
Nadzmi memuat naik video di Instagram miliknya beserta kapsyen panjang lebar tentang kesihatan Ardell yang bakal menjalani rawatan terapi.
'Kehidupan semakin tenang selepas bertunang' - Atikah Suhaime
Pelakon kelahiran Singapura, Atikah Suhaime mengakui kehidupannya semakin tenang selepas melangsungkan pertunangan bersama penyanyi, Awi Rafael.