DATIN Seri Nur Shahida Mohd Rashid isteri kepada jutawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman mahu menambah bilangan cahaya mata sebelum umurnya mencecah 35 tahun.
Menurut Shahida, dia dan Aliff berhasrat untuk menimang cahaya mata lagi tahun ini dan benar-benar berharap mereka dikurniakan sepasang bayi kembar.
“Saya mahu anak ramai sebab saya lihat sendiri situasi saya dengan keluarga.
“Walaupun saya mempunyai adik beradik yang agak ramai, tapi apabila sudah dewasa, semuanya sudah pasti akan memiliki keluarga sendiri dan akan jarang bertemu dengan ibu bapa.
“Sebab itu saya mahu anak yang ramai, sebab saya takut apabila tua nanti saya rasa sunyi jarang bertemu mereka.
“Sekarang saya sudah memiliki lima orang anak termasuk seorang anak angkat, jadi saya berharap agar saya dikurniakan bayi kembar, maka cukuplah tujuh anak saya,” ujar Shahida.
Shahida berkata demikian ketika ditemu bual di sambutan Hari Keluarga anjuran syarikat yang diasaskannya bersama suaminya, D’ Herbs bertempat di Pulau Langkawi yang diadakan sejak Jumaat hingga hari ini.
Acara ini diadakan bertujuan untuk meraikan usaha dan kejayaan lebih dari 100 orang kakitangan mereka di samping mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka.
Aliff dan Shahida yang berkahwin pada Ogos 2007 mempunyai empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi dan seorang anak angkat.
Gempak
Mon Feb 04 2019
![Isteri Aliff Syukri mahu tambah anak, bimbang sunyi bila tua Isteri Aliff Syukri mahu tambah anak, bimbang sunyi bila tua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/61549267225_befunky-collage_160.jpg)
Nur Shahida Mohd Rashid takut dia akan berasa sunyi bila tua kelak.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
![Isteri Aliff Syukri mahu tambah anak, bimbang sunyi bila tua Isteri Aliff Syukri mahu tambah anak, bimbang sunyi bila tua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/61549267225_befunky-collage_160.jpg)
Isteri Aliff Syukri mahu tambah anak, bimbang sunyi bila tua
Setuju!
![JPJ: Aliff Syukri, anda ada 14 hari JPJ: Aliff Syukri, anda ada 14 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/81514763946_keretatahan.jpg)
JPJ: Aliff Syukri, anda ada 14 hari
Pihak JPJ memberi tempoh 14 hari kepada usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri hadir memberi keterangan dan membawa dokumen berkaitan berhubung kenderaan mewah Rolls Royce yang disita sebelum ini.
!['Berhenti popularkan golongan yang permainkan agama' - Kakak Aliff Syukri 'Berhenti popularkan golongan yang permainkan agama' - Kakak Aliff Syukri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/61514244500_yatiesendayutinggi.jpg)
'Berhenti popularkan golongan yang permainkan agama' - Kakak Aliff Syukri
Noor Hayati Kamarzaman tidak bersetuju pendedahan diberi kepada golongan yang terang-terangan mempermainkan agama.