PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akui sukar untuk menyesuaikan diri dengan memakai ear monitor ketika mengadakan persembahan di konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour.
Jelasnya, sudah menjadi kelaziman untuk Siti mendengar muzik ketika mengadakan persembahan tanpa alat bantuan namun demi menjanjikan persembahan terbaik buat peminatnya, Siti sanggup.
"Setiap hari daripada sesi latihan Aubrey Suwito sentiasa tegur kalau ada kekurangan daripada segi pitching.
"Pertama kali pakai ear monitor memang ada kesukaran.
"Malah, ada antara artis antarabangsa seperti Michael Jackson pun memberitahu dia rasa seperti kena tumbuk kalau pakai ear monitor.
"Itulah yang saya rasa sebenarnya sebab telinga rasa terlalu padat. Tapi saya cuba sesuaikan ikut keselesaan saya.
"Saya sebenarnya sudah terbiasa dengan muzik pakai telinga biasa, cuma disebabkan situasi di kawasan tempat saya membuat persembahan misalnya konsert, untuk elakkan bunyi melantun dan mahu lebih jelas, saya perlu pakai," katanya kepada Gempak.
Dua siri jelajah konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour di Jakarta dan Singapura telah berlangsung dengan cemerlang.
Tinggal lagi konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 16 Mac depan.
Pujian demi pujian diterima daripada peminat daripada segala medium malah Siti juga tidak angkuh untuk menerima komen dan melakukan penambahbaikan.
Jom lihat beberapa momen menarik yang dikongsikan penonton konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour di Singapura baru-baru ini.
Gempak
Mon Mar 04 2019

Sudah menjadi kelaziman untuk Siti mendengar muzik ketika mengadakan persembahan tanpa alat bantuan namun demi menjanjikan persembahan terbaik buat peminatnya, Siti sanggup.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Duduk rumah sambil berhibur dengan konsert selebriti dunia dalam One World: Together At Home
Platform pentstriman muzik serantau terkemuka, JOOX Music, membawakan sebuah acara istimewa yang disiarkan dan distrim secara global untuk menyokong perjuangan menentang pandemik COVID-19.

Shawn Mendes, TWICE dan Halestorm antara 14 konsert panas tahun ini
Tahun ini merupakan tahun yang terbukti meriah dengan pelbagai jenis konsert dan festival muzik yang dapat memenuhi pelbagai citarasa.

Konsert berjalan lancar tapi Siti rasa telinga macam kena tumbuk?
Datuk Seri Siti Nurhaliza akui sukar untuk menyesuaikan diri dengan memakai ear monitor ketika mengadakan persembahan di konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour.

Rehat sebentar dari politik Malaysia, hiburkan diri dengan Bruno Mars
Ketika rakyat Malaysia rancak berbual tentang keputusan PRU14, yang sedang diumumkan pada malam ini, penyanyi Bruno Mars menggegarkan Axiata Arena, Bukit Jalil.