PENYANYI dan pelakon Elly Mazlein, 39, selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya, Mohamad Azlan, 29, sekitar jam 1.10 petang tadi.
Majlis pertunangan yang berlangsung dengan meriah di Putra World Trade Center (PWTC) ini dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga dan tetamu terdekat.
Elly yang manis mengenakan persalinan rona hijau pastel itu menerima sebentuk cincin selain lima dulang hantaran berbalas tujuh.
Cincin pertunangan itu disarungkan oleh ibu Azlan, Zaitun Abdullah.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana majlis ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
“Saya berasa terharu melihat wajah-wajah kesayangan yang hadir pada hari berbahagia ini.
“Doakan agar segala urusan perkahwinan saya dipermudahkan... Insya-Allah,”katanya.
Majlis turut diserikan dengan persembahan penyanyi Siti Sarah dan Indah Ruhaila.
Tidak ketinggalan pelakon Zulin Aziz juga turut menjadi pengerusi majlis berkenaan.
Terdahulu, Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi sebelum ini memdedahkan dirinya berkenalan dengan jejaka Kelantan dan merancang untuk mendirikan rumah tangga tahun hadapan.
Bagaimanapun, Elly yang menggelarkan tunangnya sebagai papa awan nano masih belum mendedahkan wajahnya.
Gempak
Tue Dec 17 2019

Cincin pertunangan itu disarungkan oleh ibu Azlan, Zaitun Abdullah. - Kredit foto: Azrul Rafie

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Astro anjur School Attack, promosi 'SMK' musim ke-5 di SMK Taman Melawati
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati dipilih menjadi lokasi program School Attack yang dianjurkan oleh Astro bagi mempromosikan musim kelima siri popular, SMK.

Kilauan Emas 2024: Budin tersingkir di minggu keenam, tujuh peserta layak ke separuh akhir
Ron dan Budin mendapat tangga kedua tercorot dengan markah masing-masing iaitu 63.58% dan 41.74% namun hanya Budin disingkirkan di minggu keenam.

All Stars GV: Kak Lina nafi mengandung, bukan gimik tinggalkan GV
Kak Lina turut menitipkan kata semangat kepada para peserta ASGV yang masih kekal di pentas itu.

GV10: Kak Lina undur diri, Nabil Ahmad 'speechless'
Pengacara Nabil Ahmad mengakui dia juga berasa terkejut apabila mengetahui keputusan rakan setugasnya iaitu Elly Mazlein mengundur diri.

GV10: "Maaf sentiasa di bibirnya" - Elly Mazlein dedah sikap sebenar Azharina
Pengacara All Stars Gegar Vaganza (GV10), Elly Mazlein mendedahkan sikap sebenar Azharina yang merupakan bintang program berkenaan.

All Stars GV: Elly terima semua pendapat, hanya mahu hiburkan penonton
Kak Lina menyatakan beliau tidak mengambil hati malah menerima setiap pendapat dan kritikan yang diberikan kepadanya semasa mengacarakan program itu.

All Stars Gegar Vaganza: Kak Lina mohon maaf...
Karakter Kak Lina pada All Stars Gegar Vaganza akan digantikannya dengan 'Elly Mazlein.'

Tak perlu kontroversi murahan, ini kisah kejayaan figura hebat Bell Ngasri, Elly Mazlein dan Tyzo
Kemenangan figura hebat ini juga menarik perhatian Public Health Malaysia yang turut berkongsi serba sedikit mengenai kejayaan mereka.

Big Stage 2023: Curi 'spotlight' peserta? Inilah dunia hiburan - Rina Nose
Setiap minggu pasti ramai yang menantikan kemunculan mereka berdua sehinggakan ada sesetengah peminat Big Stage mendakwa mereka hanya mengenali hos dan bukannya barisan peserta yang bertanding.

Big Stage 2023: Imuniti X selamatkan Naufal, singkir Isaac Voo
Bukan rezeki Isaac Voo nampaknya.