Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjalankan aktiviti khidmat bantuan peringkat komuniti bagi membantu mangsa bencana banjir.
Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pascabencana) Nadma, Mohamed Zahari Razali berkata setakat hari ini, terdapat 150 NGO berdaftar di bawah Nadma sejak penubuhannya pada 2014.
"Mereka ini sentiasa bersama Nadma melalui kursus-kursus bersama dan sekarang ini mereka ada di lapangan, serta mereka memainkan peranan dengan sangat aktif.
"...Kali ini kita tengok tidak ada lambakan pakaian dan makanan di tepi jalan kerana ia lebih terselaras iaitu (Nadma) akan sentiasa berhubung dengan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Bicara Naratif mengenai Tengkujuh: Amaran Dan Kesiapsiagaan yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Berita RTM malam tadi.
Mohamed Zahari Razali berkata kumpulan NGO ini akan dimaklumkan tentang keperluan dan maklumat lokasi yang memerlukan bantuan bagi memastikan saluran bantuan lebih tersusun dan sampai kepada pihak berkeperluan.
Sementara itu, Mohamed Zahari berkata Nadma dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut bekerjasama dalam usaha mengurangkan impak banjir di negara ini bagi meningkatkan kesedaran masyarakat supaya bertindak pantas setiap kali berlaku bencana.
Ketika ini, Nadma bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi bagi memberi amaran awal menerusi maklumat MetMalaysia yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp apabila banjir semakin buruk.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon berkata masyarakat perlu lebih cakna dan cepat bertindak apabila menerima maklumat amaran cuaca dari agensi itu agar perkara tidak diingini dapat dielakkan.
Menurut beliau, masyarakat perlu sentiasa berada dalam keadaan yang lebih bersiap sedia untuk menghadapi bencana memandangkan ia berlaku saban tahun dan pihaknya turut mengeluarkan amaran awal serta perkembangan terkini cuaca untuk makluman orang ramai.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 18 2019

Mohamed Zahari (kanan) ketika melihat makanan yang disertakan dalam khemah perlindungan kecemasan untuk mangsa bencana alam pada Kursus Pembangunan Kemanusiaan di Universiti Malaysia Terengganu, Julai lalu. --fotoBERNAMA/Fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

China tubuh rangkaian amaran awal gempa bumi terbesar di dunia
China telah menyiapkan Projek Amaran Awal Gempa Bumi Kebangsaan, mewujudkan rangkaian amaran awal gempa bumi terbesar di dunia.

APM Sarawak jalani latihan awal, siap siaga hadapi banjir
Latihan awal itu dijalankan bagi memastikan semua logistik dan aset sedia untuk digerakkan ke tempat berlakunya kecemasan dan banjir.

JPSM diarah kenal pasti kawasan hutan berisiko tinggi dilanda bencana - Takiyuddin
JPSM juga diminta mengenal pasti kawasan Taman Eko Rimba dan hutan-hutan lipur yang belum dipasang dengan sistem amaran awal.

Fenomena kepala air: Tekanan di empangan sementara antara faktor utama
Fenomena turut menyebabkan kadar air sungai meningkat secara mendadak dan banjir kilat di kawasan penempatan terutama di kawasan tinggi.

Hubungan UMNO-Bersatu: Amaran awal sudah saya berikan - Tun M
Tidak mudah bagi Bersatu sebagai sebuah parti baharu menjalinkan hubungan dengan sebuah parti yang kuat dan telah lama bertapak di negara ini.

"Sedut air selut bukan ugutan, cuma amaran awal," kata MB Kedah kepada Pulau Pinang
Kerajaan negeri Kedah tidak pernah sesekali menutup pintu rundingan dengan Pulau Pinang dalam isu bekalan air, kata Muhammad Sanusi.

Pengadil berat sebelah - Solskjaer
Tatkala United memburu gol kedua, Matic mengutip kad kuning kedua atas kekasaran kecil terhadap Ilkay Gundogan selepas dia terlebih dahulu menerima amaran awal kerana mengasari Riyad Mahrez.

150 NGO berdaftar di bawah Nadma bantu mangsa banjir
Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pascabencana) Nadma, Mohamed Zahari Razali berkata setakat hari ini, terdapat 150 NGO berdaftar di bawah Nadma sejak penubuhannya pada 2014.

Selangor berada di peringkat amaran awal berkaitan jerebu
Selangor berada pada peringkat amaran awal berkaitan jerebu dengan semua jenis pembakaran terbuka dilarang sama sekali.

Tiada amaran awal kerana tiada alat pengesan tsunami berpunca gunung berapi
Alat amaran awal tsunami milik BMKG adalah untuk mengesan tsunami berpunca dari pergerakan plat tektonik dan bukannya akibat gunung berapi.