Skip to main content

Malaysia

1,800 anggota polis, Rela bertugas ketika Thaipusam

61358905184_120x90.jpg
61358905184_120x90.jpg

Advertisement

1,300 anggota polis serta lebih 500 anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) akan bertugas mengawal keselamatan ketika sambutan Thaipusam.

Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah.

Menurutnya, pihak  polis turut menyediakan lima balai polis bergerak.

Ini bagi memudahkan orang ramai membuat laporan sekiranya berlaku sebarang jenayah.

Tambahnya lagi bagi memudahkan perarakan dari kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S. Lee ke Batu Caves, polis akan menutup jalan secara berperingkat bermula tengah malam sabtu.

Berkuatkuasa 26 Januari, Jalan Sultan, Jalan Dang Wangi, Jalan Ampang dan Jalan Ipoh yang menuju ke Batu Caves akan ditutup sepenuhnya.

Dijangkakan  perarakan tiba di Batu Caves pada pukul 2.30 petang Sabtu.

Must Watch Video

Advertisement