SHAH ALAM: Ketua Penolong Pegawai Penguat Kuasa dan seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan menerima rasuah bulanan di antara 2016 hingga 2018, dengan nilai keseluruhan RM73,850.
Perintah reman sehingga Isnin itu dikeluarkan Majistret Fatina Amyra Abdul Jalil terhadap kedua-dua suspek berusia 44, dan 45 tahun di Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.
Sumber SPRM memberitahu kedua-dua suspek ditangkap dalam tempoh lima minit bermula pukul 5 petang semalam, selepas hadir di Pejabat SPRM Selangor.
Katanya mereka yang masing-masing berjawatan Pembantu Penguat Kuasa Kanan dengan gred KP22 dan Ketua Penolong Pegawai Penguat Kuasa bergred KP32 di JPJ Selangor, telah menerima rasuah bulanan daripada pengusaha syarikat pengangkutan lori.
"Siasatan awal mendapati suspek bergred KP32 itu telah meminta dan menerima wang suapan secara bulanan di antara RM100 hingga RM5,000 berjumlah keseluruhan RM69,850, sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan lebih muatan dan lain-lain kesalahan jalan raya.
"Kesalahan itu dilakukan selama dua tahun bermula 2016 hingga 2018," katanya.
Sementara seorang lagi suspek pula katanya, menerima suapan secara bulanan bermula Disember 2017 hingga Mac 2018, dengan nilai keseluruhan RM4,000 untuk alasan sama.
Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi, mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 17 2021

Pembantu Penguat Kuasa Kanan dan Ketua Ketua Penolong Pegawai Penguat Kuasa di JPJ Selangor, dipercayai menerima rasuah bulanan daripada pengusaha syarikat pengangkutan lori. - Gambar hiasan

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Kepengerusian ASEAN: JPJ tingkat pengawasan di KLIA bendung 'ulat teksi'
JPJ Selangor akan melakukan pengawasan lebih intensif bagi membendung kegiatan 'ulat teksi' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Op Khas Motosikal: JPJ Selangor keluarkan lebih 3,800 notis
JPJ Selangor mengeluarkan sebanyak 3,855 notis atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Khas Motosikal sejak operasi itu dilancarkan 1 Nov.

Op Khas Aidilfitri: 382 pegawai, anggota JPJ Selangor bertugas
Op Khas sempena Hari Raya Aidilfitri bermula 1 hingga 20 April ini bertujuan memantau kelancaran pergerakan perjalanan pengguna jalan raya.

JPJ Selangor catat peningkatan 32 peratus pengeluaran notis tahun lepas
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor mencatatkan peningkatan sebanyak 32 peratus pengeluaran notis dengan 349,289 notis atas pelbagai kesalahan tahun lepas berbanding 263,786 notis pada 2022.

Pemandu bas 'dicekup' guna telefon ketika memandu
Pemandu bas 'dicekup' guna telefon ketika memandu

Op Bersepadu: JPJ keluar 632 notis saman pelbagai kesalahan jalan raya
Sebanyak 1,122 kenderaan diperiksa dan daripada jumlah itu, 401 kenderaan dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan.

Wanita panik nampak ular dalam kereta ketika memandu
Seorang wanita memberhentikan kereta di lorong kecemasan Kilometer 26.7 Lebuh raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) selepas panik ternampak ular di dalam kereta.

11 pekerja perkhidmatan p-hailing Selangor terlibat kemalangan maut - JPJ
Seramai 11 pekerja penghantaran makanan, minuman dan bungkusan menggunakan motosikal (p-hailing) di Selangor, terlibat dalam kemalangan maut pada lapan bulan pertama tahun ini.

2 pegawai JPJ Selangor direman terima rasuah bulanan syarikat lori
Ketua Penolong Pegawai Penguat Kuasa dan seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, direman selama enam hari.

181 ditahan atas pelbagai kesalahan dalam Ops PeWA
Seramai 181 warga asing didapati bersalah atas pelbagai kesalahan dalam Ops Pewa yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor termasuk 290 kenderaan yang telah diambil tindakan.