Skip to main content

Malaysia

3,500 pesara perubatan dikerah - KP Kesihatan

41585215559_KetuaPengarahKesih.jpg
41585215559_KetuaPengarahKesih.jpg

Advertisement

Kementerian Kesihatan memanggil sebanyak 3,500 pakar perubatan dan jururawat untuk membantu pasukan barisan hadapan untuk merawat jangkitan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua mereka kini dalam proses menjalani latihan lanjutan (post basic) sebelum ditempatkan di fasiliti hospital yang memerlukan.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 2,400 telahpun dikerahkan dibeberapa buah hospital di negara ini.

"Sebanyak 3,500 jururawat dan pembantu perubatan yang sedang menjalankan kursus latihan lanjutan sebelum dikerahkan bagi membantu barisan hadapan KKM.

"Mereka yang telah dikerahkan merupakan jururawat terlatih yang telah menjalani latihan tersebut," katanya dalam sidang media, di sini pada Khamis.

Must Watch Video

Advertisement