Seramai 36 jemaah tabligh Malaysia yang menghadiri Ijtimak Dunia 2020 Zon Asia di Sulawesi, Indonesia, disahkan pulang secara berperingkat menerusi dua terminal feri antarabangsa di Johor sejak 23 Mac.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kesemua mereka pulang menerusi Terminal Feri Antarabangsa Stulang dekat Johor Bahru dan Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour, di sini.
Beliau berkata kesemua individu berkenaan pulang menerusi negeri ini pada 23 Mac, 24 Mac dan hari ini.
Menurutnya, kesemua mereka seterusnya diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dibawa ke pusat kuarantin di negeri masing-masing.
"Kita jangka ada 30 lagi individu daripada jemaah tabligh yang akan balik ke Malaysia (menerusi Johor dan menggunakan feri). (Kita juga akan pastikan) mereka ini akan melalui saringan oleh KKM dan dikuarantin selama 14 hari.
BACA: COVID-19: 11 rakyat Malaysia hadiri perhimpunan tabligh di Sulawesi dikesan di Tawau
"Mereka hanya ada dua pilihan untuk pulang, sama ada menerusi Stulang ataupun Puteri Harbour, tidak ada laluan lain (menerusi Johor)," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan ketibaan lapan jemaah tabligh berkenaan di Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour, di sini, hari ini.
Sebelum ini, KKM dilapor menganggarkan 80 hingga 100 rakyat Malaysia ke Sulawesi bagi menghadiri perhimpunan berkenaan.
Bagaimanapun, penganjur dilapor membatalkan perhimpunan yang dijadual berlangsung dari 19 hingga 22 Mac itu, berikutan kebimbangan penularan wabak COVID-19.
Sementara itu, Ayob Khan berkata hanya tinggal 12 individu di negeri ini yang menghadiri Ijtimak Tabligh di Masjid Sri Petaling di Kuala Lumpur baru-baru ini, dikenal pasti masih belum menjalani pemeriksaan kesihatan.
Untuk rekod, beliau berkata terdapat seramai 1,716 individu di negeri ini menghadiri perhimpunan berkenaan dan daripada jumlah itu, 1,704 daripadanya sudah menjalani pemeriksaan.
Terdahulu, Ayob Khan yang turut membuat tinjauan di Pasar Borong Pandan pagi tadi, berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan orang ramai yang masih ingkar dengan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Tiada lagi amaran. Selepas ini kita akan pastikan siapa yang ingkar, kita akan tangkap. Jika sekatan jalan raya kita dapati lebih daripada dua orang (di dalam satu kenderaan), kita akan suruh mereka patah balik," katanya.
Setakat ini, katanya polis sudah membuka 32 kertas siasatan dan tiga kes pelanggaran PKP ditangkap semalam bakal dituduh di mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 26 2020
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay (kanan) bercakap ketika sidang media di Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour hari ini. - BERNAMA
Lebuhraya WISE berpotensi jana ekonomi, kurangkan kesesakan di Terowong Menora
Jajaran WISE akan menjadi laluan alternatif yang lebih selesa bagi pengguna jalan raya dari utara yang ingin bercuti di Perak.
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Teknologi: Itali sekat aplikasi AI China Deepseek
Pihak berkuasa perlindungan data Itali, Garante, menyekat akses kepada model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, kerana kekurangan maklumat mengenai penggunaan data peribadi pengguna.
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
Kekejaman zionis: Gaza musnah, pemulihan makan 10-15 tahun - wakil A.S
Gaza kini dalam keadaan hampir musnah sepenuhnya dan proses pembinaan semula wilayah yang dilanda peperangan itu mungkin mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun.
Pasca perang Syria: Presiden baharu umum kerajaan peralihan inklusif
Presiden baharu Syria, Ahmed al-Sharaa, mengumumkan beliau akan membentuk sebuah kerajaan peralihan inklusif yang mewakili pelbagai komuniti untuk membina institusi dan mentadbir negara sehingga pilihan raya bebas dan adil dapat diadakan.
Penunggang motosikal maut bertembung kereta di Kuala Krai
Sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Machang menghala Kuala Krai bertembung dengan motosikal dipandu mangsa dari arah Kuala Krai ke Machang.
50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.
Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.