SEBELUM memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu:
1. Dong Zong batal persidangan isu tulisan jawi
Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) akur dengan perintah yang mengarahkannya untuk batalkan persidangan berkaitan isu tulisan jawi pada Sabtu.
Ahli Jawatankuasa Dong Zong, Low Chee Chong berkata pihaknya tiada pilihan lain melainkan untuk menurut perintah yang dikeluarkan mahkamah.
2. Larangan terbang pesawat Bek Air susulan nahas
Semua pesawat milik Bek Air yang menggunakan model Fokker-100 di Kazakhstan kini digantung susulan insiden nahas yang meragut lebih 14 nyawa.
Pesawat yang membawa 98 penumpang itu hilang kawalan semasa berlepas sebelum melanggar pagar konkrit dan sebuah bangunan dua tingkat.
3. Penyelamat gua Tham Luang meninggal dunia
Seorang lagi wira penyelamat gua Tham Luang di Thailand dilaporkan meninggal dunia.
Beiret Bureerak yang merupakan penyelam navy SEAL negara itu disahkan menghidap jangkitan dalam darah dipercayai sejak terlibat dalam usaha menyelamat 12 kanak-kanak dan seorang jurulatih di dalam gua di utara Thailand lebih setahun lalu.
Bureerak telah menerima rawatan sejak kejadian dan dia dilapor semakin nazak hinggalah ke saat kematiannya.
4. Lampu 2019 Putrajaya bermula hari ini
Acara Light and Motion Putrajaya (Lampu) 2019 bakal mewarnai langit malam Putrajaya apabila penganjuran kali ketujuh ini berlangsung bermula hari ini hingga ambang tahun baharu.
Bertemakan "Kepelbagaian Malaysia", Lampu 2019 bakal membawa pengunjung menelusuri sejarah dan kejayaan yang ditempa negara sehingga memasuki era 2020.
Sebanyak 22 tarikan utama disediakan sepanjang empat hari Lampu berlangsung.
5. Liga Perdana Inggeris: Wolves 3-2 Man City
Wolves hampir tumpas di gelanggang sendiri namun dua gol di saat-saat akhir perlawanan memberikan kelebihan tiga mata buat mereka dalam perlawanan menentang Man City.
Gol Wolves disumbangkan Adama Traore pada minit ke-55, Raul Jimenez di minit ke-82 dan Matt Doherty pada saat-saat akhir perlawanan.
Kedua-dua gol Man City dijaringkan Raheem Sterling pada minit ke-25 dan 50.
Kad merah: Ederson Santana de Moraes ('12)
Baca juga 10 Berita Pilihan sepanjang Jumaat di sini.
Astro Awani
Fri Dec 27 2019

Lima berita penting perlu anda tahu sebelum memulakan hari anda.

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.