SEBELUM memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu:
1. Apa yang perlu anda tahu bila masuk tahun 2020
Usah terlepas pandang. Ini pelaksanaan dan peraturan baharu yang akan dikuat kuasa pada tahun 2020.
2. Ambang 2020: Nak ke mana kita?
Seperti biasa, malam sambutan tahun baharu pastinya menjadi pilihan warga kota untuk keluar meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.
Berikut kami senaraikan beberapa lokasi tumpuan untuk sambutan tahun baharu 2020 malam esok. Walau apapun pengisian dan di manapun anda memilih untuk menyambutnya, tahun baharu haruslah dirai secara berpada-pada.
Bagi mereka yang menggunakan pengangkutan awam, berikut infografik lanjutan perkhidmatan sempena Ambang Tahun Baru.
Polis, dalam pada itu, mengenakan larangan menerbangkan dron sepanjang sambutan malam ini. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata mereka akan mematikan dron sekiranya diterbangkan di sekitar kawasan sambutan.
Selamat tahun baharu daripada kami di Astro AWANI!
3. Iran rampas kapal disyaki seludup minyak, 16 kru warga Malaysia ditahan
Sebuah kapal dengan 16 kru warga Malaysia ditahan pihak berkuasa Iran berhampiran pintu masuk ke Selat Hormuz setelah disyaki membawa bahan api seludup.
Badan Berita Republik Islam (IRNA) dalam laporannya menyebut kapal tangki itu yang membawa 1.3 juta liter bahan api (bersamaan 8,000 tong) dipintas pasukan maritim Pengawal Revolusi Iran (IRGC) berhampiran pulau Abu Musa.
4. Subsidi petrol ditangguh
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melipat gandakan usaha penerangan berhubung Program Subsidi Petrol (PSP) kepada rakyat sehingga kerajaan memutuskan pelaksanaannya.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, walaupun ditangguhkan, PSP bersifat terbuka sehingga sampai masa pelaksanaannya diumumkan kelak.
5. Ibrahimovic kembali sertai Milan
Bintang Sweden, Zlatan Ibrahimovic akan diperkenal secara rasmi sebagai pemain AC Milan.
Kelab itu sahkan acara akan berlangsung pada 3 Januari ini.
Ibrahimovic memeterai kontrak selama enam bulan bernilai AS$3.9 juta termasuk pembayaran bonus dengan sasaran membantu kelab itu bagi baki liga Serie A.
Baca juga 10 Berita Pilihan sepanjang Isnin di sini.
Astro Awani
Mon Dec 30 2019

Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

RUU Perkhidmatan Parlimen: Buka ruang kepada lebih banyak Jawatankuasa Pilihan, Usul Persendirian - Penganalisis
Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen akan membuka lebih banyak ruang penyertaan wakil rakyat dalam pelbagai prosiding institusi perundangan berkenaan.

Jakim sedia bekerjasama dengan pempengaruh untuk memperkasa penyampaian maklumat sahih
Pastikan pempengaruh dan penyedia kandungan media sosial lebih berhati-hati ketika menerbitkan atau mengulas sebarang isu.
Malakoff rai 50 tahun, pacu transformasi tenaga negara
Malakoff Corporation Berhad meraikan ulang tahun ke-50 sebagai peneraju industri tenaga negara dengan menegaskan kepentingan inovasi kejuruteraan, peralihan ke tenaga boleh diperbaharui, serta komitmen terhadap keselamatan bekalan tenaga negara.
Israel rasuah: Netanyahu sambung beri keterangan
Netanyahu, 75, adalah perdana menteri pertama Israel yang dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan jenayah.
[TERKINI] Sistem amaran awal tanah runtuh dipasang di 40 lokasi seluruh negara
Peralatan sistem amaran awal tanah runtuh telah dipasang di 40 lokasi di seluruh negara setakat Disember tahun lepas.

PM Thailand arah tindakan keras di seluruh negara terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik (e-rokok).

Warga emas rugi RM4 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Polis mengesahkan seorang pesara sebuah syarikat swasta mengalami kerugian RM4 juta selepas diperdaya sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian menerusi laman sosial Facebook.
Israel hantar kereta kebal ke Tebing Barat
Langkah itu diambil selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan penyerahan tahanan Palestin, yang merupakan sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata di Gaza, dihentikan.
Nenek berusia 73 tahun rugi RM4 juta dalam 3 bulan
Akibat tertarik dengan tawaran keuntungan mencecah jutaan ringgit, seorang nenek berusia 73 tahun berputih mata apabila mengalami kerugian RM4 juta selepas terperdaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud di aplikasi Facebook, dalam tempoh tiga bulan sahaja.
Pengurangan petugas tidak jejaskan kualiti perkhidmatan
Pengurangan lima peratus petugas tidak menjejaskan kualiti perkhidmatan Tabung Haji sempena musim haji kali ini.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.