GEDONG (Sarawak): Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak boleh menggunakan peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) masing-masing untuk membiayai projek Jiwa Murni Angkatan Tentera di kawasan pilihan raya masing-masing, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Menurutnya, setiap ADUN Sarawak diperuntukkan RM5 juta setahun untuk melaksanakan RTP di kawasan pilihan raya masing-masing.
Sambil memuji usaha Tentera Darat Malaysia (TDM) melaksanakan projek jiwa murni yang pada tahun ini berpusat di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong dan Simunjan dalam kawasan parlimen Batang Sadong, beliau bersetuju jika TDM dapat memperluaskan program berkenaan ke kawasan-kawan lain.
Abang Johari berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Projek Jiwa Murni Peringkat Parlimen Batang Sadong, yang merangkumi DUN Gedong, Simunjan dan Sadong Jaya di sini hari ini.
Katanya, beliau telah berbincang dengan Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain mengenainya dan kerajaan negeri bersetuju menyediakan peruntukan RTP bagi tujuan itu.
"Saya nampak projek jiwa murni ini sangat berkesan untuk menolong rakyat yang tidak mampu membaiki rumah, menyelenggara rumah ibadat dan membersih tanah perkuburan," kata Abang Johari.
Program Jiwa Murni peringkat Batang Sadong membabitkan 21 projek dengan peruntukan RM1.5 juta daripada kerajaan negeri, dan telah mula dilaksanakan pada 15 Feb dan dijangka siap pada akhir April tahun ini.
Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata arah tuju ekonomi dan pelan ekonomi pasca pandemik COVID-19 adalah untuk membuka peluang ekonomi dan pekerjaan bagi rakyat Sarawak.
"Dengan keamanan dan kesejahteraan yang kita nikmati ketika ini hasil daripada perjuangan angkatan tentera dan polis, ia telah membolehkan kerajaan dan rakyat memfokus kepada pembangunan dan ekonomi negeri ini," katanya.
Sementara itu, Zamrose dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana menyediakan peruntukan bagi menjayakan projek yang dirancangkan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 10 2021
Menurut Abang Jo, setiap ADUN Sarawak diperuntukkan RM5 juta setahun untuk melaksanakan RTP di kawasan pilihan raya masing-masing. - Gambar fail
Sasaran pingat Sukan SEA 2025 adalah jumlah keseluruhan, bukan warna
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata penetapan sasaran pingat pada Sukan SEA 2025 adalah kepada jumlah keseluruhan pingat dan bukannya mengikut warna pingat. #AWANInews
Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin merdeka - Arab Saudi
Pendirian Arab Saudi sangat teguh dan tidak akan berubah.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 5,747 orang berbanding 6,160 malam tadi, sementara di Sabah kekal 137 daripada 40 keluarga.
[TERKINI] A.S mahu ambil alih Gaza, apa kesannya?
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencadangkan penempatan semula secara kekal rakyat Palestin dari Gaza yang musnah akibat perang ke negara-negara jiran.
Kemalangan parkiran bertingkat hospital tiada unsur sabotaj
Insiden membabitkan kereta Honda WRV yang melanggar tembok penghalang di aras 3B parkiran pada 1.15 tengah hari itu berlaku akibat kecuaian.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.4285/4480 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 semalam.
AWANI Pagi: Projek Singgah Kopi
Diskusi #AWANIpagi mengenai kerjasama MyFundAction dan INTEC Education College untuk membina usahawan belia melalui projek Singgah Kopi.
Polis minta bantuan kesan Poovenessvari
Menurut polis, remaja tersebut beralamat di No 26, Laluan Pari Baru 2, Taman Semarak, Ipoh.
Amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah - MetMalaysia
Kawasan yang dijangka terlibat ialah Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu dan Mukah.
[TERKINI] Konflik Gaza: A.S akan ambil alih gaza - Donald Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencadangkan penempatan semula secara kekal rakyat Palestin dari Gaza yang musnah akibat perang ke negara-negara jiran.
Timbalan Menteri Sarawak cedera dipukul empat lelaki tidak dikenali
Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan mengunjungi kediaman keluarganya menjelang sambutan Hari Gawai.
Cadangan naikkan elaun ADUN Sarawak daripada RM50 sehari wajar dipertimbang
Cadangan menaikkan elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak yang menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri disifatkan wajar untuk dipertimbangkan.
COVID-19: Tiga ADUN Sarawak dikuarantin, tidak hadir angkat sumpah
Datuk Len Talif Salleh, Datuk Seri Huang Tiang Sii dan Datuk Sebastian Ting dikuarantin kerana positif COVID-19 dan menjadi kontak rapat.
Cadangan Belanjawan Sarawak dibincang semua ADUN Selasa ini
Satu mesyuarat khas berkaitan Belanjawan Negeri 2022 bersama semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak pada Selasa.
DUN Sarawak: Status ADUN kekal
Susulan lanjutan tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, wakil rakyat akan kekal sebagai ahli sehingga ia dibubarkan.
ADUN boleh guna peruntukan RTP untuk biaya Projek Jiwa Murni - Abang Jo
ADUN Sarawak boleh menggunakan peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) masing-masing untuk membiayai projek Jiwa Murni Angkatan Tentera di kawasan pilihan raya masing-masing.