Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) menyambung operasinya pada 11.22 pagi tadi menggunakan satu daripada trennya, kata operator Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
"Kami juga menyediakan 17 buah bas dan tiga van bagi mengangkut penumpang di antara terminal utama dan bangunan satelit bagi memastikan kelancaran perjalanan penumpang," katanya dalam kenyataan di sini.
MAHB berkata pasukan kejuruteraan mereka masih mengusahakan kerja-kerja penyenggaraan pada satu lagi tren.
Terdahulu, MAHB melaporkan perkhidmatan aerotrainnya tergendala hari ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyenggaraan luar jadual susulan pengendalian penumpang dalam kapasiti tinggi.
Dalam pada itu, syarikat tersebut menasihati penumpang agar datang lebih awal memandangkan lapangan terbang berkenaan dijangka mengendalikan lebih 90,000 penumpang setiap hari pada musim cuti puncak ini.
"Kami hargai kesabaran anda dan kami mengucapkan selamat bercuti," kata MAHB.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 25 2017
Terdahulu hari ini, perkhidmatan aerotrain di KLIA tergendala menyebabkan penumpang terpaksa menaiki bas untuk bergerak di antara bangunan terminal utama dan bangunan satelit. Facebook/Malaysia Airports
7 maut dalam insiden pentas runtuh di utara India
Beberapa wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa dalam kejadian yang berlaku di daerah Baghpat, Uttar Pradesh.
Tanah runtuh: Enam sekeluarga termasuk empat kanak-kanak dikhuatiri tertimbus di Miri
Mangsa pertama, seorang lelaki dewasa bagaimanapun selamat, manakala enam yang lain masih gagal dikesan.
Aliran trafik lancar di lebuh raya utama walaupun jumlah kenderaan meningkat
Trafik di semua lebuh raya bertol melibatkan Lebuhraya Utara Selatan, PLUS E1 dan E2 di Utara, Tengah dan Selatan bergerak lancar dan terkawal.
Amaran banjir ketika hujan berterusan di seluruh UK
Puluhan amaran banjir dikeluarkan di seluruh England dan Wales ketika hujan dan angin terus melanda negara itu.
Jumlah kematian akibat kebakaran hutan California meningkat kepada 29
Angka kematian akibat kebakaran hutan yang dahsyat di kawasan Los Angeles meningkat kepada 29.
460 pemegang sijil halal di Kelantan, 50 dimiliki bukan Islam
Sebanyak 460 premis perniagaan di negeri ini memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), termasuk 50 yang dimiliki bukan Islam.
Hubungan India-Malaysia dijangka terus diperkukuh - Pesuruhjaya Tinggi India
India kini muncul sebagai sumber pelancong yang paling pesat berkembang ke Malaysia, dengan ketibaan melebihi satu juta orang.
Naturalisasi: Pemain tempatan perlu sedia bersaing di pasaran terbuka
Di sebalik kebimbangan lambakan pemain naturalisasi boleh kurangkan peluang bakat tempatan, Nidzam melihatnya sebagai satu cabaran positif.
Gempa bumi 5.8 magnitud landa Sulawesi Tengah Indonesia
Pada mulanya, agensi itu melaporkan magnitud gempa bumi itu berskala 6.1 tetapi kemudian menyemaknya kepada 5.8.
MITI perlu tingkat usaha capai sasaran perdagangan, pelaburan RM13 bilion di Ekspo Dunia 2025
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) perlu meningkatkan usaha dalam merangka strategi bagi memastikan kejayaan negara mencapai sasaran perdagangan dan pelaburan berjumlah RM13 bilion
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Loke harap penyusunan semula MAHB dimuktamad tidak lama lagi
Loke menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kelewatan keputusan oleh MAHB, termasuk projek aerotrain yang mendapat kritikan.
Projek aerotrain KLIA dijangka siap lebih awal menjelang 31 Jan 2025 - MAHB
Dalam kenyataan hari ini, MAHB berkata jangkaan itu adalah dua bulan lebih awal daripada tarikh asal siap pada 31 Mac 2025.
Aerotrain 90 peratus siap, MAHB diharap selesaikan isu kontrak - Loke
Set pertama Penggerak Penumpang Automasi atau aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kini dalam pembinaan di Wuhu, China, telah hampir 90 peratus siap.
Perubahan drastik KLIA Terminal 1 dalam masa tiga tahun - Loke
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 akan mengalami perubahan drastik dalam masa tiga tahun.
Satu aerotrain KLIA dijangka beroperasi tahun depan - Loke
Satu daripada dua perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi atau aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dijangka beroperasi tahun depan.
Perkhidmatan aerotrain KLIA dihentikan sementara
Keputusan tersebut diambil susulan insiden membabitkan aerotrain terkandas kira-kira 3 petang di KLIA semalam, membabitkan 114 penumpang.
Penambahan bas 'shuttle' dan kakitangan langkah tangani isu aerotrain KLIA - Anthony
Penambahan bas shuttle dijangka mengurangkan kebergantungan kepada aerotrain dengan masa perjalanan pula dalam tempoh empat minit.
Program penggantian aerotrain KLIA dimuktamadkan pada 2025 - MAHB
Program penggantian 'aerotrain' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka selesai menjelang 2025, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
KLIA2 bukan terminal kos rendah - MAHB
"Terminal KLIA2 bukan terminal lapangan terbang kos rendah". Itulah ungkapan yang diberikan oleh Ketua Pegawai Strategi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) Azli Mohamed.