KUALA LUMPUR: Agensi penguatkuasa tidak memerlukan sebarang waran bagi memeriksa dan menyerbu sektor perkilangan yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata ini kerana perkara itu tertakluk di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang diwartakan pada 14 Jan lepas.
"Pada ketika ini, kita mengikut Ordinan Darurat, kita boleh masuk dan memeriksa premis kerana mereka beroperasi dengan kebenaran pihak kita (kerajaan) mengikut syarat yang ditetapkan.
"Namun jika mereka melanggar syarat, tidak perlu waran... pihak berkuasa boleh terus masuk dan membuat pemantauan ke premis-premis berkenaan," katanya ketika ditemui selepas membuat pemeriksaan pematuhan SOP PKP di dua kilang sekitar Puchong dan Petaling Jaya hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Naib Presiden Persatuan Perusahaan Kecil Sederhana Malaysia Chin Chee Seong dalam satu laporan portal berita yang mengatakan pasukan serbuan tidak menunjukkan sebarang surat rasmi atau waran semasa melakukan pemantauan.
Hamzah turut meminta sektor perkilangan agar tidak melakukan penipuan dengan beroperasi melanggar SOP PKP antaranya membenarkan bilangan pekerja melebihi kapasiti dan beroperasi melebihi waktu dibenarkan.
"Kita menerima banyak aduan daripada orang ramai dan minta majikan supaya jangan menipu. Dalam situasi negara kini, majikan perlu berkorban dan semua pihak perlu bekerjasama supaya wabak COVID-19 ini tidak menular," katanya.
Mengulas kenyataan Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia Tan Sri Soh Thian Lai dalam laporan sama bahawa pihak berkuasa sering membuat serbuan sehingga mengganggu operasi kilang, beliau berkata pemeriksaan dibuat berdasarkan aduan awam dan kehadiran pihak berkuasa hanya untuk memastikan tiada pelanggaran SOP.
Hamzah berkata selagi pihaknya menerima laporan dan masih ada lagi yang melakukan kesalahan melanggar SOP, pemeriksaan dan pemantauan akan terus dilakukan.
Ketika mengulas dakwaan bahawa berlaku pelanggaran SOP di Pusat Latihan Polis (Pulapol) yang tular di media sosial hari ini, beliau berkata pihaknya akan menyiasat perkara itu sebelum mengambil sebarang tindakan.
"Kalau ada tuduhan atau dakwaan, kita akan selidik dahulu. Sekiranya ada arahan yang menyalahi undang-undang, kita akan ambil tindakan terhadap pegawai tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 24 2021

Hamzah berkata ini kerana perkara itu tertakluk di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang diwartakan pada 14 Jan lepas. - Gambar fail/BERNAMA

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Agensi penguatkuasa tidak perlu waran periksa sektor perkilangan - Hamzah
Hamzah berkata ini kerana perkara itu tertakluk di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang diwartakan pada 14 Jan lepas.

Ancaman Laut Sulu: Nekmat jumpa Mat Sabu
Pengerusi Nekmat, Abdul Hamid Bahari berkata pertemuan dalam masa terdekat itu akan membincangkan berkenaan hala tuju yang lebih efisyen dalam memastikan keselamatan nelayan lebih terjamin.