PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melancarkan program Pemerkasaan Komuniti yang digerakkan bagi menangani pandemik COVID-19 serta menyampaikan Titah Diraja pada 29 Mac ini secara siaran langsung di saluran televisyen.
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata antara inti pati program tersebut adalah untuk memaklumkan kepada masyarakat agar bersama-sama menjaga komuniti sekeliling dan keluarga masing-masing daripada risiko jangkitan COVID-19.
Beliau berkata antara aktiviti Pemerkasaan Komuniti adalah penubuhan agen basmi COVID-19 (ABC-19), pertandingan kampung atau komuniti bandar zon hijau serta membantu pendaftaran vaksinasi untuk komuniti di pedalaman yang sukar dicapai oleh kumpulan lain dalam menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
"Sejak program ini digerakkan dari Februari lepas, kita nampak usaha itu membuahkan hasil dengan penurunan kes COVID-19 yang ada kaitan dengan usaha dilaksanakan bersama komuniti," katanya ketika ditemui selepas hadir pada program Santai Mesra Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Sallehuddin Hassan Bersama Media, di sini semalam.
Aminuddin berkata Nadma diberi tanggungjawab untuk menambah pendaftaran penerimaan vaksin khusus di kawasan pedalaman dengan menggunakan kekuatan pengaruh ketua komuniti.
"Kita harus bersedia untuk memastikan kumpulan yang tiada telefon bimbit dan berada di kawasan pendalaman berpeluang untuk divaksinasi," katanya, serta menambah masalah tiada hubungan internet atau telefon bimbit khususnya di kawasan pedalaman telah menarik keprihatinan Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam pada itu, Aminuddin berkata pertandingan komuniti zon hijau COVID-19 akan dilaksanakan selama enam bulan bermula 1 Apr ini hingga 30 Sept untuk menjaga dan memastikan kawasan masing-masing bebas daripada risiko jangkitan COVID-19.
"Kampung atau komuniti terbaik akan menerima hadiah berbentuk peruntukan bagi tujuan pembangunan," katanya.
Nadma juga akan berjumpa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 23 Mac ini bagi mendapatkan bekerjasama dan kepakaran NGO untuk mendekati komuniti serta menghebahkan cara terbaik untuk bersama-sama menjaga daripada risiko COVID-19, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 20 2021

Program Pemerkasaan Komuniti digerakkan bagi menangani pandemik COVID-19.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Sultan Ibrahim selamat jalani rawatan di luar negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu dalam hantaran yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Duta Besar M'sia ke AS: Nama calon sudah ada, perlu perkenan Agong dahulu - Anwar
Pelantikan jawatan itu perlu mendapat perkenan YDPA Sultan Ibrahim, yang kini sedang berada di luar negara untuk menjalani rawatan.

UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan Solat Hajat Khas di Masjid UiTM Shah Alam bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

Jemaah Menteri doakan kesembuhan Yang di-Pertuan Agong
Jemaah Menteri mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesembuhan dan selamat menerima rawatan perubatan di luar negara.

Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.

Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-268 di Istana Negara, hari ini.