Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru barisan kepimpinan umat Islam di Pulau Pinang agar sentiasa bersatu padu demi keutuhan agama Islam pada masa akan datang.
Seri Paduka bertitah, dengan perpaduan, segala perancangan untuk perkembangan syiar Islam akan dapat dilakukan secara berkesan dan konstraktif.
"Anggaplah ini satu panggilan untuk umat Islam menentu barisan saf kepimpinan umat Islam di Pulau Pinang ini sentiasa bersatu.
"Ini tidak bermakna kita hendak berperang dengan sesiapa, tetapi apabila kita bersatu kita boleh memikirkan dengan lebih waras, kita boleh membuat perancangan dengan lebih berkesan dan konstraktif dan saya percaya masa depan agama kita akan bertambah lebih utuh daripada hari ini," titah Seri Paduka pada majlis perasmian Masjid Albukhary di Bandar Sri Pinang, di sini hari ini.
Al-Sultan Abdullah sebelum itu turut mengulangi seruan yang dibuat ketika menyampaikan titah merasmikan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur di Kuala Lumpur, semalam, agar umat Islam di seluruh pelusuk dunia termasuk negara ini untuk bersatu padu dan mengelakkan perpecahan.
"Kita tidak ada pilihan lain (selain) mesti bersatu, apabila kita berpecah kita akan bercelaru, kekuatan umat Islam akan berkurangan," titah Seri Paduka.
Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan merakamkan penghargaan kepada tokoh perniagaan dan hartawan terkenal, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary di atas sumbangannya terhadap pembinaan masjid itu yang bukan sahaja dapat digunakan untuk beribadah tetapi juga menyatukan umat Islam di negeri ini.
Seri Paduka turut menyifatkan nama 'Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary' sebagai satu institusi kerana sikap Syed Mokhtar yang dermawan dan banyak menyumbang kepada pembinaan kemudahan untuk perkembangan syiar Islam.
"Nama seorang insan yang begitu mulia dan suci hatinya iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary sudah terkenal dan masyur di kalangan umat Islam di Malaysia khususnya dengan terbinanya kompleks Islam di sebelah Masjid Negara (di Kuala Lumpur) yang tentunya telah memberi banyak hidayah kepada kita umat Islam.
"... dan saya anggap nama 'Tan Sri Syed Mokhtar' itu seolah sebagai satu institusi yang menegakkan syiar Islam di mana sahaja beliau berada, untuk itu marilah kita bersama-sama berdoa supaya insan yang bernama Tan Sri Syed Mokhtar ini dan seluruh keluarganya sentiasa diberkati Allah SWT, InsyaAllah," titah Seri Paduka.
Terdahulu, Seri Paduka berangkat tiba di masjid berkenaan kira-kira 12.30 tengah hari diiringi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas dan Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman.
Selepas majlis perasmian itu, Al-Sultan Abdullah kemudian menunaikan solat Jumaat bersama ribuan jemaah di masjid yang mampu memuatkan 2,000 orang itu sebelum menyampaikan derma kurnia kepada jawatankuasa kariah masjid dan sumbangan kepada kanak-kanak.
Masjid Albukhary dibangunkan di atas tanah wakaf milik Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dengan kos sebanyak RM12 juta yang dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Albukhary. - BERNAMA
Bernama
Fri Dec 20 2019

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru barisan kepimpinan umat Islam di Pulau Pinang agar sentiasa bersatu padu. - Gambar fail BERNAMA

Imigresen serbu 12 kilang proses e-waste haram, tahan 420 pendatang tanpa izin
Kesemua tangkapan di Jalan Buloh Kasap itu dibawa ke Depot Imigresen Machap Umboo, Melaka dan Depot Imigresen Pekan Nanas, Pontian untuk siasatan lanjut.

EU mula gantung sekatan ekonomi terhadap Syria
Beberapa langkah dalam sektor tenaga, pengangkutan dan perbankan akan ditarik balik bagi menyokong pemulihan ekonomi yang pesat.

Mesir janji pembinaan semula Gaza dalam tempoh sesingkat mungkin
Mesir telah mengemukakan cadangan untuk membina semula Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin.

KPN sumbang RM10,000 kepada TAWP hasil kos guaman dibayar Papagomo
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain menyumbangkan RM10,000 kepada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) hari ini.
AWANI Ringkas: Laporan KAN | Parlimen | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jenayah | Kesihatan | Banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Senegal meterai perjanjian damai dengan kumpulan pemisah, akhiri konflik tertua di Afrika
Casamance, yang terpisah dari utara Senegal oleh Gambia, adalah tapak satu daripada konflik tertua di Afrika yang bermula pada 1982.
Agenda AWANI: Revolusi Pendidikan Tinggi 2025
Penyediaan bakat, kewibawaan akademia serta pemindahan dan perkongsian ilmu antara fokus utama Kementerian Pendidikan Tinggi untuk tahun 2025. Ikuti temu bual khas bersama Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir 9 malam ini.

Siasatan rasuah terhadap empat bekas pegawai kanan bekas PM masih di peringkat awal - SPRM
Siasatan terhadap empat bekas pegawai kanan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ditahan reman pada Jumaat kerana disyaki terlibat dalam rasuah, masih di peringkat awal.

Malaysia akan sediakan bantuan pendidikan, kesihatan di Baitulmaqdis - PM Anwar
Malaysia akan menyediakan bantuan khusus bagi sektor pendidikan dan kesihatan di Baitulmaqdis, Palestin selain pemulihan di Gaza, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Hakim memutuskan demikian selepas pendakwaan memberitahu pihaknya tidak bercadang untuk meneruskan kes dihadapi Muhammad Sanusi.

Waktu bekerja penjawat awam Pahang setiap Jumaat hingga 12.30 tengah hari sepanjang Ramadan
Baginda bertitah penetapan waktu bekerja itu susulan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 5 Feb lepas.

'Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.

'Saya tidak pernah tinggal Pahang, my heart is always here' - Sultan Pahang
Baginda turut menzahirkan perancangan untuk mengadakan kembara atau 'roadshow' di negeri itu pada bulan April nanti.

Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan
Selain produk pelancongan sedia ada, kerajaan negeri juga sedang berusaha untuk mempromosikan pantai-pantai ikonik di negeri itu.

Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.

'Titah adendum itu benar, abang saya takkan fitnah Sultan sendiri' - Nooryana
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan bahawa salinan titah adendum tersebut digunakan di mahkamah.

Vape perlu diharamkan secara total, titah Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah menzahirkan kebimbangan terhadap penyalahgunaan dadah di negeri ini dan berharap semua pihak khususnya ibu bapa mengawasi anak mereka.

Sultan Pahang titah isu peniaga Cameron Highlands diselesaikan dengan baik
Sultan Pahang menasihatkan agar tiada pihak ketiga mengeruhkan keadaan untuk memastikan penyelesaian yang baik.

Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.