KUALA TERENGGANU: Air rebusan beras terpaksa digunakan bagi menggantikan susu untuk anak kecil yang kelaparan, antara yang dilakukan sebuah keluarga akibat terkesan dengan pandemik COVID-19 di negeri ini.
Perkara itu didedahkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Kebajikan Fisabilillah Negeri Terengganu yang berdepan kisah sedih berkenaan ketika menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terkesan.
Setiausahanya, Muhammad Syariezal Ab Rashid berkata, terdapat banyak pengalaman pahit manis ditempuhi pihaknya sepanjang menghantar bantuan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.
"Antara yang paling menyentuh hati ialah kisah sebuah keluarga yang terpaksa menyediakan air rebusan beras untuk anak kecilnya kerana tidak cukup wang bagi membeli susu.
"Selain itu, terdapat juga keluarga yang terpaksa meminta susu daripada jiran kerana anak kelaparan.
"Ada juga yang memberi susu pekat manis untuk diminum anak yang masih kecil," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Beliau bagaimanapun berkata, kegembiraan jelas terpancar pada wajah mereka yang menerima sumbangan terutama susu dan lampin pakai buang.
"Apabila kita hantar susu dan lampin pakai buang, berlinang air mata mereka. Ada yang memeluk erat susu yang baru diberikan.
"Ternyata banyak keluarga yang terkesan sepenuhnya akibat pandemik ini.
"Ada juga yang memberitahu mereka kini tiada lagi wang simpanan di bank untuk dibelanjakan, malah ada juga yang telah dibuang kerja," ujarnya.
Muhammad Syariezal berkata, Fisabilillah juga menerima banyak permohonan untuk mendapatkan keperluan bagi menampung kehidupan.
"Apabila mereka dapat tahu Fisabilillah membantu golongan yang terkesan, mereka mencuba nasib. Selang beberapa hari, permohonan mereka diluluskan dan wakil Fisabilillah Terengganu terus menghantar keperluan bagi keluarga terbabit," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, Fisabilillah Terengganu turut berterima kasih kepada penyumbang yang tidak putus-putus memberi sokongan bagi membantu golongan yang memerlukan.
Sehingga kini, katanya, seramai 4,000 keluarga yang dibantu sejak pelaksanaan PKP pada Mac tahun lalu.
"Kami bergerak sebagai badan NGO yang menyalurkan hasil sumbangan orang ramai. Kita menyasarkan untuk membantu seramai mungkin mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19 di Terengganu," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Air rebusan beras ganti susu untuk anak kecil
Sinar Harian
Mon Jun 28 2021

Salah sebuah keluarga yang mempunyai anak yang masih kecil menerima bantuan daripada Fisabilillah Terengganu. Foto: Ihsan Fisabilillah Terengganu. Gambar kecil: Air rebusan beras.- Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Silap isi borang, mahkamah arah Along Cham lantik peguam syarie
Peguam yang mewakili Muhammad Nizamudin selaku plaintif perlu memfailkan permohonan baharu yang lengkap bagi melancarkan kes berkenaan.

PM Anwar puji prestasi LHDN, optimistik peningkatan hasil masa depan
Beliau optimistik bahawa LHDN akan terus meningkatkan prestasi dan menyumbang lebih banyak kepada hasil negara.

Doktor berkelakuan tidak senonoh ditahan semula susulan laporan polis ketiga
Tempoh tahanan reman lelaki berusia 43 tahun itu tamat hari ini, namun suspek ditahan semula susulan laporan polis ketiga dibuat terhadapnya Jumaat lepas.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

KKM tidak bercadang perluas pelaksanaan pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan
Berdasarkan pelaksanaan EH di beberapa klinik terpilih ketika ini, didapati langkah itu tidak banyak menyelesaikan masalah kesesakan terutama di zon hijau.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing.
[TERKINI] Gaji parlimen RM40,000 tak kan boleh miskin
Perdana Menteri menyifatkan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Seri Muhyiddin Yassin sebagai hero jalanan yang hanta pandai mencetuskan sesuatu isu.

Sekolah di China mula perkenal mata pelajaran kecerdasan buatan tahun ini
China akan memperkenalkan mata pelajaran AI di sekolah mulai September untuk menjadi peneraju teknologi.

'Ada pendedahan nanti' - Along Cham mahu sahkan lafaz cerai taklik, Afreena enggan tangguh
Along enggan mengulas lanjut mengenai pelanggaran taklik untuk tidak membuka aib rumah tangga, sementara Afreena berharap proses berjalan lancar tanpa penangguhan.

Air rebusan beras ganti susu untuk anak kecil
Selain air beras, terdapat juga keluarga yang terpaksa meminta susu daripada jiran serta beri susu pekat manis untuk diminum anak yang masih kecil.