SEREMBAN: Seorang akauntan yang terperdaya dengan hantaran mesej dari seorang individu menerusi akaun Facebooknya yang mendakwa dia memenangi sejumlah wang daripada sebuah platform beli-belah dalam talian pada Khamis, mendapati dua kad kreditnya telah digunakan dalam pembelian barangan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan Supt Aibee Abd Ghani berkata wanita berusia 39 tahun itu menerima mesej menerusi akaun Facebook menggunakan nama "Irene Wee" yang memaklumkan mangsa telah memenangi wang daripada sebuah syarikat platform beli-belah dalam talian itu kira-kira 2 petang
Katanya, suspek kemudian memberi nombor telefonnya iaitu 019-9109136 kepada mangsa memaklumkan bahawa wanita itu telah memenangi wang sebanyak RM3,573 (1,150 SGD).
"Suspek turut meminta nombor kad kredit mangsa dan butiran kad bagi urusan penerimaan wang tersebut dan mangsa telah memberi nombor dan butiran kad kredit miliknya.
"Mangsa diarahkan untuk menghantar mesej OTP kepada suspek. Kemudian mangsa mendapati ada transaksi sebanyak RM70,000 melalui salah satu kad kredit miliknya bagi urusan pembelian di platform beli-belah dalam talian," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.
Katanya, suspek telah melakukan beberapa transaksi pembelian di platform beli-belah dalam talian itu menggunakan satu kad kredit milik mangsa sehingga mencapai RM70,000 dan RM34,000 menerusi satu lagi kad kredit.
Mangsa menyedari dirinya ditipu apabila dia gagal menghubungi suspek kira-kira pukul 10.36 pagi tadi, dan susulan itu mangsa terus menghubungi pihak bank sebelum membuat laporan di Balai Polis Rahang, katanya.
Aibee berkata pihak bank memaklumkan kesemua transaksi tersebut masih 'terapung' dan tidak dapat mengeluarkan penyata bagi transaksi tersebut.
"Kesemua transaksi tersebut bagi urusan platform beli-belah dalam talian dan jumlah kerugian sebenar tidak dapat dipastikan kerana kesemua transaksi masih 'terapung'.Terdapat transaksi yang tidak berjaya kerana melebihi had transaksi harian mangsa," katanya.
Aibee berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu selain meminta orang ramai agar tidak mudah percaya dengan panggilan atau mesej yang mencurigakan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 11 2021

Suspek melakukan beberapa transaksi pembelian di platform beli-belah dalam talian menggunakan satu kad kredit milik mangsa sehingga mencapai RM70,000 dan RM34,000 menerusi satu lagi kad kredit.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.

Akauntan turut jadi mangsa skim pelaburan tidak wujud, rugi lebih RM60,000
Polis mengesahkan seorang akauntan kerugian RM65,520 selepas diperdaya sindiket skim pelaburan tidak wujud di aplikasi Telegram.

Akauntan rugi RM2.2 juta terperdaya pelaburan saham
Seorang akauntan kerugian lebih RM2.2 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan saham.

Penipuan dalam talian: Bekas pensyarah, akauntan rugi lebih RM6 juta
Seorang bekas pensyarah universiti awam dan akauntan masing-masing berputih mata selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian melibatkan kerugian berjumlah RM6.47 juta pada awal bulan ini.

Finas akan latih akauntan untuk ceburi industri kreatif
Finas akan menyediakan latihan kepada akauntan untuk terlibat dalam industri kreatif.

MIA lantik presiden, naib presiden baharu
Mohamad Zabidi dilantik sebagai ahli Majlis MIA pada 15 Dis, menggantikan Datuk Bazlan Osman yang tempoh perkhidmatan berakhir pada 30 Nov.

Akauntan ditipu menang wang, kad kredit digunakan individu tidak dikenali
Mangsa menerima mesej menerusi akaun Facebook memaklumkan telah memenangi wang daripada sebuah syarikat platform beli-belah dalam talian.

Eksport Malaysia raih manfaat menerusi permintaan import dari China
Pemulihan ekonomi akan bergerak perlahan berikutan permintaan global yang lembap sekarang, kadar pengangguran tinggi dan jumlah pelaburan yang rendah.

Akauntan mengaku tidak bersalah 143 tuduhan pecah amanah
Nurul Husna Atiqah Shuib, 32 tahun, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan satu persatu oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.

Presiden baharu Petronas Tengku Taufik berpengalaman luas dalam sektor minyak dan gas
Pelantikan Tengku Muhammad Taufik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan itu diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

SST 2.0 perlu jadi satu revolusi, kata akauntan
Beliau berkata, walaupun SST adalah cukai yang sudah biasa - hari-hari menjelang pelaksana cukai tersebut buat kali kedua telah dipenuhi dengan kontroversi dan kekeliruan.