KUALA LUMPUR: Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) yang ditubuhkan pada Disember 2017 dibubarkan dan tugas-tugas agensi berkenaan diambil alih sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata tugas-tugas berkenaan dipertanggungjawabkan di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenterawam Awam iaitu Pasukan Gerakan Am (PGA).
"Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Mac lepas telah bersetuju dengan cadangan rasionalisasi AKSEM menerusi penstrukturan semula serta diletakkan di bawah PDRM. Selain itu, Akta AKSEM 2017 (Akta 799) akan dimansuhkan setelah proses penstrukturan ini dilaksanakan.
"Pelaksanaan penstrukturan semula AKSEM ke dalam PDRM akan dilaksanakan secara berfasa mulai hari ini sehingga 30 September tahun ini," katanya dalam sidang media majlis penyerahan tugas AKSEM kepada PDRM di Bukit Aman di sini hari ini.
Beliau berkata penstrukturan semula AKSEM merangkumi aspek peranan, penyerahan aset, penjajaran semula perjawatan dan sumber manusia serta pengurusan kewangan dan perolehan.
Bernama
Wed Jun 30 2021

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin (dua, kiri) ketika sidang media bersempena pelaksanaan rasionalisasi Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) di Bukit Aman hari ini. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pembubaran Aksem tidak beri kesan negatif kepada kawalan sempadan
Pembubaran Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) tidak mendatangkan kesan negatif kepada operasi penguatkuasaan pengawalan sempadan negara pada masa ini.

AKSEM dibubar, tugas diambil alih PDRM- Hamzah
Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) yang ditubuhkan pada Disember 2017 dibubarkan dan tugas-tugas agensi berkenaan diambil alih sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Op Benteng: Pengorbanan anggota keselamatan cegah jenayah rentas sempadan
Isu pendatang asing tanpa izin, penyeludupan dadah dan daun ketum sering dikaitkan dengan pencerobohan sempadan negara.

RCI Wang Kelian: Pendatang asing seolah diajar, diatur pihak tertentu
Daripada soal siasat ke atas 38 pendatang asing yang ditahan dalam operasi di Bukit Wang Burma pada 19 Januari 2015, didapati jawapan yang diberikan adalah sama, seperti telah diatur dan diajar.