Skip to main content

Malaysia

Amanat kepada generasi muda seluruh utara

41358421178_295x200.jpg
41358421178_295x200.jpg

Advertisement

Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menyampaikan amanat penting kepada generasi muda seluruh utara tanahair sempena perhimpunan orang muda Kedah bersama PM pada Khamis.

Menurut pengerusi perhubungan Umno  Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, program berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim itu dijangka dihadiri lebih 50 ribu orang.

Jelas beliau perhimpuan itu membuka lembaran baru untuk Barisan Nasional, bn bagi mengukuhkan hubungan antara pemimpin dan generasi muda.

Beliau berkata demikian selepas meninjau persiapan terakhir perhimpunan itu di Stadium Sultan Abdul Halim.

Sementara itu, pengerusi Majlis Belia Malaysia (MBM) Kedah, Ku Iskandar Ku Rahman berkata himpunan bakal menyuntik semangat golongan muda.

Beliau menambah antara yang dijangka menjadi tumpuan ialah pelancaran Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) peringkat nasional serta BN Youth Fair.

Must Watch Video

Advertisement