Skip to main content

Malaysia

Amaran ribut petir di Kelantan, Sarawak, Sabah hingga 7 malam

Beberapa kawasan di Kelantan, Sarawak dan Sabah dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 7 malam ini. - BERNAMA
Beberapa kawasan di Kelantan, Sarawak dan Sabah dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 7 malam ini. - BERNAMA

Advertisement

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Kelantan, Sarawak dan Sabah dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran cuaca yang dikeluarkan pada 3.45 petang memaklumkan kawasan yang dijangka terjejas di Kelantan ialah Jeli dan Gua Musang.

Di Sarawak pula, kawasan yang diramalkan berlaku merangkumi Sibu, Sarikei, Bintulu (Tatau), Mukah (Tanjung Manis) serta Kapit (Belaga).

Sementara itu, di Sabah, amaran berkenaan dikeluarkan bagi Sandakan (Labuk dan Sugut serta Paitan), Pedalaman (Sook dan Keningau) serta Tawau (Lahad Datu).

-- BERNAMA 

 

 

Must Watch Video

Advertisement