Sempena sambutan Tahun Baharu 2018 pada Ahad malam, waktu operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), Monorel, Transit Aliran Massa (MRT), Bas Rapid Transit (BRT) dan bas Rapid KL di beberapa stesen terpilih akan dilanjutkan hingga 2 pagi.
Prasarana dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkhidmatan LRT Kelana Jaya bagi stesen KLCC dan Masjid Jamek akan dilanjutkan hingga 2 pagi, manakala stesen Pasar Seni, Ampang Park dan USJ7 akan tamat pada 1 pagi.
"Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya bagi LRT laluan Seri Petaling pula akan tamat perkhidmatannya pada 2 pagi," kata kenyataan itu.
Bagi aliran Monorel pula, operasi di stesen Bukit Bintang akan berakhir pada jam 1 pagi, sementara perkhidmatan MRT laluan Bukit Bintang, Mutiara Damansara dan Pasar Seni juga akan tamat pada waktu sama.
Perkhidmatan BRT laluan Sunway di stesen Mentari, SunMed, SunU-Monash,South Quay-USJ 1 dan USJ 7 akan menghentikan operasinya pada 1 pagi, manakala stesen Sunway Lagoon dan Sunway-Setia Jaya pula berakhir pada 2 pagi.
Bas Rapid KL terakhir yang berlepas pada 2 pagi melibatkan laluan 751 (Pasar Seni-Taman Sri Muda), 772 (Pasar Seni-Subang Suria), 780 (Pasar Seni-Kota Damansara), 300 (Mushi Abdullah-Pandan Mewah), 640 (Pasar Seni-Taman Sentosa), 450 (Lebuh Pudu-Terminal Kajang), 220 (Munshi Abdullah-Taman Melawati), 180 (Pasar Seni-Taman Dato Senu), 173 (Medan Pasar-Taman Jasa Utama) dan 600 (Pasar Seni-Puchong Utama).
Prasarana menasihati warga kota yang mengikuti acara ambang tahun baharu supaya menggunakan kad My Rapid atau 'Touch n Go' bagi melancarkan perjalanan, parkir kenderaan di fasiliti 'Park and Ride' dan patuh kepada arahan pihak berkuasa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 26 2017

Prasarana menasihati warga kota yang mengikuti acara ambang tahun baharu supaya menggunakan kad My Rapid atau 'Touch n Go' bagi melancarkan perjalanan - Foto AstroAWANI

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Luaskan perkhidmatan BRT, atasi kesesakan trafik - Pakar
Peluasan perkhidmatan BRT, meliputi kawasan berjauhan dengan pengangkutan rel dengan tambang munasabah, perlu dimaksimumkan menjelang 2025.

Berita gembira! Tambang percuma MRT, LRT, selama sebulan
Tambang percuma itu merangkumi perkhidmatan MRT, Transit Aliran Ringan (LRT), Bas Rapid Transit (BRT), monorel serta bas RapidKL.

Diskaun 20 peratus tambang BRT berakhir hari ini
Diskaun 20 peratus untuk tambang perkhidmatan Bas Rapid Transit Laluan Sunway (BRT) yang diperkenalkan pada 2018 berakhir hari ini.

Di ambang 2020: Tidak mahu memandu ke ibu kota? Rapid KL lanjut tempoh operasi
Prasarana Malaysia Berhad dalam satu kenyataan memaklumkan ia bagi memenuhi keperluan orang ramai yang akan menghadiri sambutan tersebut.

Mempraktikkan Garis Panduan Bus Rapid Transit (BRT) sebenar
Syarat utama yang harus ada adalah tahap ketersediaan, keselamatan dan piawaian yang tinggi perlu dipenuhi.

Usah dipandang sepi kelebihan Bus Rapid Transit
Apabila sistem BRT dilaksanakan, maka wujud kemunculan bas-bas yang baharu.

Tambang BRT laluan Sunway diturunkan 20 peratus mulai 1 Dis
Insentif pengurangan tambang itu diharap dapat memberi impak positif kepada jumlah pengguna perkhidmatan BRT.

Ambang tahun baru, Prasarana lanjutkan perkhidmatan sehingga jam 2 pagi
Sempena sambutan Tahun Baharu 2018 pada Ahad malam, waktu operasi perkhidmatan LRT, Monorel, MRT, BRT dan bas Rapid KL di beberapa stesen terpilih

Pembatalan BRT ambil kira keberkesanan jajaran perkhidmatan - Nancy
Tindakan kerajaan membatalkan projek Bus Rapid Transit (BRT) Kuala Lumpur-Klang bukan dilakukan secara terburu-buru sebaliknya, keputusan pembatalan projek itu berlandaskan pertimbangan keberkesanan.

Kerajaan akan biayai RM1 bilion kos pembangunan BRT Johor
Kerajaan pusat akan membiayai RM1 billion kos pembangunan Bas Rapid Transit (BRT) daripada jumlah keseluruhan kos yang dijangka menelan belanja RM2.6 billion.