SEMPORNA: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, akan memastikan terumbu karang di perairan Pulau Mabul dekat sini, yang rosak akibat dilanggar 'barge' atau tongkang membawa muatan bahan binaan semalam, menjalani proses restorasi.
Menterinya Datuk Jafry Ariffin berkata, penyelam daripada Taman-Taman Sabah serta Jabatan Perikanan, sudah diarahkan melakukan penilaian awal kerosakan seterusnya merancang program restorasi, di kawasan terumbu karang yang rosak.
"Selain membuat penilaian tahap kerosakan, jika sesuai proses restorasi awalan juga akan dilaksanakan serta-merta, untuk posisikan semula terumbu karang yang rosak dan terbalik, agar boleh terus hidup, tongkang itu telah dialihkan daripada terumbu karang tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Semalam, media melaporkan terumbu karang di kawasan menyelam dikenali sebagai Paradise One di Pulau Mabul di sini, rosak akibat dilanggar tongkang berkenaan.
Jafry berkata, pihaknya difahamkan tongkang itu membawa bahan binaan bagi projek pembinaan pangkalan operasi hadapan (FOB), di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).
"Mengikut rekod di Jabatan Perlindungan Alam Sekitar, projek berkenaan diberikan kelulusan Laporan Cadangan Langkah-Langkah Pengurangan (PMM Report) pada 8 Feb lalu, dan siasatan akan dijalankan sama ada terdapat pelanggaran dalam syarat kelulusan PMM yang dikeluarkan," katanya.
Beliau berkata, kawasan terbabit tidak dilindungi sama ada di bawah Taman-Taman Sabah atau Jabatan Hidupan Liar Sabah, menyukarkan tindakan penguatkuasaan undang-undang ke atas insiden tersebut.
"Jabatan Perikanan Sabah juga tidak mempunyai peruntukan undang-undang untuk menangani kerosakan terumbu karang di luar kawasan yang dilindungi, kerana tidak terkandung dalam Akta Perikanan 1985," katanya.
Namun Jafry berkata isu kekurangan daripada segi bidang kuasa dan penguatkuasaan itu akan ditangani bagi memastikan Sabah mempunyai peruntukan undang-undang lebih ketat berkaitan perlindungan alam sekitar.
"Perkara ini serius, kerana merosakkan terumbu karang yang umumnya mengambil masa ratusan tahun untuk tumbuh dan jarang ditemui selain menjadi habitat pembiakan pelbagai hidupan marin," katanya.
Beliau berkata, perkara itu penting kerana perairan Semporna menjadi salah satu tumpuan penyelam skuba antarabangsa mahupun domestik.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 26 2021
Terumbu karang di kawasan menyelam dikenali sebagai Paradise One di Pulau Mabul di sini, rosak akibat dilanggar tongkang. - Gambar/ Ihsan pembaca
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.43 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Feb ini.
Penghantar barang didakwa tipu urusan jual beli kenderaan lelong JPJ
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kampung Sungai Serdang, Kapar, dekat Kuala Selangor antara 11 Sept dan 3 Okt 2024.
Mahkamah tetapkan 28 April untuk pendengaran rayuan kes dadah Yasin
Mahkamah Rayuan menetapkan 28 April depan bagi mendengar rayuan Muhammad Yasin Sulaiman, yang kini sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup selepas disabitkan atas tiga kesalahan berkaitan dadah.
ASEAN 2025 | 5 Februari 2025
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawakan tumpuan berikut:
1. Malaysia seru ASEAN bersatu dalam tindakan iklim
2. Singapura terkesan tekanan tarif baharu AS ke atas Kanada, China dan Mexico
3. Thailand mahu Malaysia bantu perkukuh kerjasama pendidikan
1. Malaysia seru ASEAN bersatu dalam tindakan iklim
2. Singapura terkesan tekanan tarif baharu AS ke atas Kanada, China dan Mexico
3. Thailand mahu Malaysia bantu perkukuh kerjasama pendidikan
JAKIM berhak tarik balik sijil halal jika terdapat ketidakpatuhan
Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) mempunyai kuasa untuk menarik balik pensijilan halal yang diberikan kepada syarikat dan peniaga pada bila-bila masa sekiranya berlaku sebarang ketidakpatuhan.
Thai mahu Malaysia bantu perkukuh kerjasama pendidikan
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Thailand mahu Malaysia bantu memperkukuhkan kerjasama dalam bidang pendidikan khususnya di peringkat awal persekolahan lebih-lebih lagi untuk menerapkan kemahiran mengajar bagi mencapai matlamat melahirkan modal insan yang mementingkan segala aspek kehidupan.
Singapura mungkin bukan sasaran tarif langsung AS, kata Vivian Balakrishnan
Amerika Syarikat mungkin tidak mengenakan tarif langsung ke atas barangan dari Singapura, kata menteri luarnya vivian balakrishnan.
Namun beliau tidak menolak kemungkinan Singapura masih akan merasakan kesan tidak langsung daripada tarif AS terhadap Kanada, China dan Mexico.
Namun beliau tidak menolak kemungkinan Singapura masih akan merasakan kesan tidak langsung daripada tarif AS terhadap Kanada, China dan Mexico.
Kerajaan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia, menerusi kepengerusian ASEAN pada tahun ini akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Thailand sekat bekalan elektrik ke Myanmar
Thailand memotong bekalan elektrik rentas sempadan ke lima lokasi di Myanmar pada hari Rabu (5 Feb), dalam usaha untuk membanteras pusat penipuan dalam talian yang disalahkan kerana menakutkan pelancong China.
KESUMA cadang laksana Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja
Ia bagi memastikan perlindungan 24 jam sehari dalam tujuh hari seminggu kepada pekerja yang layak semasa tempoh penggajian.
Singapura lancar projek pemulihan terumbu karang terbesar
NParks bekerjasama dengan Makmal Marin Nasional di Pulau St John (SJINML) untuk melaksanakan inisiatif itu.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
China dakwa kapal Filipina rosakkan terumbu karang di Laut China Selatan
China mendakwa kapal perang Filipina merentas secara haram di sekitar Beting Thomas Kedua berhampiran Kepulauan Nansha.
Usaha kenal pasti tekanan dihadapi terumbu karang diperhebat
DOF akan terus menjalankan pemantauan berterusan terhadap terumbu karang serta kualiti air bagi memelihara perairan lautan negara.
263 spesies hidupan marin di Taman Laut Melaka
Antara spesies yang wujud adalah terumbu karang jenis acropora yang kebiasaannya terdapat di pantai timur negara ini.
Sukarelawan, penyelam skuba kutip 100kg sampah di Pulau Perhentian
Jumlah itu termasuk 40kg pelbagai jenis sampah yang dikutip di kawasan terumbu karang dasar laut oleh 20 penyelam skuba.
Victoria STS Labuan laksana inisiatif penjagaan terumbu karang
Victoria STS (Labuan) Sdn Bhd bersetuju melaksanakan inisiatif penjagaan terumbu karang di sekitar Taman Laut Labuan.
Separuh terumbu karang dunia mungkin berada dalam persekitaran tidak sesuai pada 2035 - Kajian
Faktor perubahan iklim menjadi 'musuh' utama habitat terumbu karang di seluruh dunia.
Harga ikan naik? Pastikan anda pelihara, pulihara terumbu karang sebaiknya
Terumbu karang yang semakin berkurang menyebabkan jumlah ikan di sesuatu kawasan ikut sama berkurang.
Terumbu karang Great Barrier Reef semakin luntur
Walaupun ia boleh kalis luntur dalam suhu air sejuk dalam masa terdekat, beberapa terumbu karang telah pun kelihatan mati.