Anggota bomba terpaksa dipanggil selepas seekor anak buaya peliharaan seorang penduduk di Kampung Imok Jalan Pandaruan di sini terlepas dan bertindak ganas.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, bomba yang menerima panggilan sekitar jam 12.30 tengahari telah mengerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba, pengadu memaklumkan anak buaya peliharaan beliau berada di dalam tong takungan air di belakang rumah telah terlepas.
"Pengadu melapor kepada pihak bomba untuk menangkap disebabkan anak buaya ini sudah pandai mengganas," katanya.
Pasukan bomba bertindak menangkap anak buaya tersebut dengan menggunakan seunit penjerut dan tali penyelamat.
Setelah didapati keadaan selamat sepenuhnya pasukan bomba membawa anak buaya tersebut ke balai untuk tindakan selanjutnya.
Angelina Sinyang
Sun Dec 15 2019
Anggota bomba BBP Limbang berjaya menangkap anak buaya berkenaan menggunakan seunit penjerut dan tali penyelamat. - Foto JPBM Limbang
Bayaran STR fasa 1 bermula esok, peruntukan RM2.3 bilion
Pembayaran STR Fasa 1 disalurkan mulai Rabu melibatkan peruntukan RM2.3 bilion, meningkat berbanding RM2.1 bilion pada tahun lepas.
Penganjur perhimpunan diingatkan patuhi Akta Perhimpunan Aman - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri mengingatkan pihak penganjur perhimpunan di ibu negara pada Sabtu ini, agar mematuhi setiap peruntukan yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman.
[TERKINI] COO syarikat konsesi lebuh raya, pengurus syarikat dihadap ke mahkamah
SPRM mendapat kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa dua individu berkaitan dua projek lebuhraya di Lembah Klang.
Kes pukul OKU: Perbuatan tidak wajar, perlu diambil tindakan - Fahmi
Fahmi menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan kandungan media sosial dan platform lain yang sering menjadi lubuk sebaran maklumat palsu.
Gempa bumi di Taiwan cederakan 15 orang - Laporan
Sekurang-kurangnya 15 orang cedera selepas gempa bumi berukuran 6.4 magnitud melanda Taiwan.
Op Lintas: COO syarikat konsesi lebuh raya, pengurus syarikat bakal dihadap ke mahkamah - Azam Baki
SPRM telah mendapat keizinan daripada pihak Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa dua individu berkaitan dua projek lebuh raya di Lembah Klang.
Insiden pukul OKU: ADUN Kijal buat laporan polis
Laporan polis itu dibuat terhadap beberapa pengguna akaun Facebook kerana menggunakan gambarnya untuk tujuan menjatuhkan maruah beliau sebagai wakil rakyat di kawasan Kijal.
NSL 2025: Semangat waja kembali membara
Netball Super League (NSL) kembali dengan semangat waja membara bersempena musim baru yang bakal membuka tirai dari 1 hingga 23 Februari depan.
Serahkan kepada NACCOL, boleh selesai tiga bulan
Ketua Kluster Makanan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal akan meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan portfolio urusan padi dan beras negara di bawah NACCOL buat sementara waktu.
Pemilik syarikat mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu RM85,500
Seorang pemilik syarikat penyedia latihan didakwa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM85,500 kepada agensi sebuah kementerian.
Anak buaya terlepas bertindak ganas
Seekor anak buaya peliharaan seorang penduduk di kampung Imok Jalan Pandaruan Limbang terlepas dan bertindak ganas.