Tangisan anak tunggal berusia 7 tahun di pintu bilik meminta dipeluk, adalah antara cabaran yang paling mencabar bagi peneraju Bernama Radio apabila terpaksa kuarantin secara sukarela berikutan berkontak rapat dengan pesakit positif COVID-19.
Raifanabillah Zulkifli, peneraju siaran pagi Radio Bernama menyifatkan pengalaman berkuaratin amat mencabar dari segi mental, serta memerlukan daya kekuatan yang amat tinggi.
Beliau yang memuat naik pengalamannya semasa kuarantin di laman Facebooknya turut menceritakan segala langkah yang diambil bagi memastikan keluarganya dihindari dari dijangkiti virus tersebut.
"Kena jaga jarak sekurang-kurangnya dua meter kerana takut ada rembesan air liur," dan tidur serta makan berseorangan di bilik lain, katanya.
Raifanabillah atau lebih dikenali sebagai Raifa berkata sebelum mendapat keputusan yang beliau negatif COVID-19, beliau sukar sekali untuk tidur kerana memikirkan pelbagai kebimbangan mengenai penyakit tersebut.
"Untuk dua minggu tersebut, kamu akan fikir macam mana kalau tidak selamat, macam mana esok bangun dah tiada, macam- macam benda la fikir masa ini," katanya.
Raifa berkata beliau juga perlu melalui pelbagai langkah perubatan sepanjang kuarantin, iaitu memeriksa suhu badan setiap hari dan memastikan tiada simptom gejala COVID-19.
"Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Cheras akan datang untuk membuat pemeriksaan mengejut walaupun belum disahkan positif, PKD juga akan call untuk tanya kesihatan dan sebagainya," katanya.
Raifa berkata beliau turut mengalami serangan panik bila hari keputusan semakin menghampiri.
"Walapun ini adalah cabaran yang perlu dilalui, namun saya berterima kasih sangat kepada doktor yang prihatin serta ahli keluarga dan rakan yang sentiasa di sisi saya, " katanya dalam catatannya di FB.
Raifa menyarankan bagi mereka yang pernah berhubung rapat dengan kes positif COVID-19 supaya menjalani ujian saringan dengan segera untuk memastikan mereka tidak menularkan virus tersebut dan menjejaskan kesihatan orang lain.
"Duduklah di rumah kerana kamu boleh bergerak bebas dalam rumah sendiri sekurang-kurangnya berbanding dikuarantin berseorangan dalam bilik.... percayalah ia tak seindah disangka."
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 28 2020

Raifa menyarankan mereka yang pernah berhubung rapat dengan kes positif COVID-19 supaya menjalani ujian saringan dengan segera untuk memastikan mereka tidak menularkan virus tersebut dan menjejaskan kesihatan orang lain. --fotoBERNAMA/Fail
Mangsa kebakaran Kg Tabuan Lot reda hilang persiapan sambut raya
Semalam detik hitam menimpa penghuni empat kediaman di Kampung Tabuan Lot, Kuching

Bursa Malaysia ditutup rendah ekoran tekanan jualan ke atas saham kewangan
Indeks penanda aras Bursa Malaysia berakhir dengan prestasi rendah pada Khamis, diseret turun oleh tekanan jualan yang berterusan ke atas saham berwajaran tinggi terpilih.
Pempengaruh antarabangsa kongsi kegembiraan bersama penduduk Pulau Bum-Bum
Beberapa pempengaruh antarabangsa berkunjung ke Pulau Bum-Bum bagi merasai pengalaman berpuasa selain berkongsi kegembiraan bersama penduduk menerusi inisiatif Changemakers 2025 MyFoundation.
Penggantungan keahlian Shahelmey hak autonomi UMNO Sabah
Pengarah Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed berkata penggantungan keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Datuk Shahelmey Yahya dalam parti itu yang diumumkan sebelum ini adalah sah dan rasmi.
Program Ketuk Sahur tingkat perpaduan antara kaum
Sebanyak 250 buah rumah akan dikunjungi dalam Program Ketuk Sahur anjuran Pusat Khidmat DUN Nangka termasuk rumah penduduk bukan Islam.
Jentera UMNO guna pendekatan lebih sistematik hadapi PRN-17
Pengarah Jentera Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffrey Nor Mohamed optimis tahap kesiapsiagaan umno sabah juga kini sudah di tahap yang memuaskan dan bersedia untuk bertarung dengan mana-mana parti pada
APMM rampas lebih tujuh tan barang kawalan disyaki cuba diseludup
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya rampas lebih tujuh tan barang kawalan bersubsidi tanpa permit di percayai cuba di seludup ke negara jiran dalam dua operasi berasingan di perairan daerah ini, Selasa lepas.
Abang Jo, Masidi hadiri Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025
Mesyuarat tahunan ini menjadi platform rundingan antara kerajaan Persekutuan dan negeri mengenai hal ehwal kewangan.

Tiada 'double standard' siasat kes 3R - Saifuddin
Polis tidak bersikap pilih kasih dalam menjalankan siasatan terhadap kes melibatkan isu agama, raja dan kaum (3R).

Treler alami masalah brek, dua pemandu berdepan detik cemas
Ketika kejadian, treler terbabit membawa muatan simen dari Batu Gajah ke Genting Highlands.

Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.

Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.

KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.

Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.

Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.

'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.

Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.

Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.

7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?