Artis muda beragama Islam diingatkan agar sentiasa menjaga lirik lagu yang dibawa dan imej penampilan diri agar menjadi contoh positif kepada golongan remaja.
Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah, Hasbullah Raudah berkata senario terkini memperlihatkan ada kalangan artis muda popular yang muncul dengan imej yang bertentangan dengan hukum Islam.
"Contohnya yang lelaki bercukur kening, bercat kuku hitam, rambut dicukur dengan pelbagai bentuk, malah memakai aksesori gelang dan rantai emas," katanya.
Perkembangan tersebut yang bukan sahaja melibatkan artis di Sabah, malah di seluruh negara, disifatkannya membimbangkan.
Hasbullah berkata, golongan artis perlu diperhatikan bukan sahaja dari segi bait-bait lirik lagu yang kadang-kadang berbaur lucah, malah klip video yang dihasilkan juga banyak yang lari daripada nilai-nilai Islam.
"Jangan lupa, Malaysia ini negara Islam. Sepatutnya golongan artis ini, golongan yang sangat diminati oleh anak-anak muda, mereka jadi ikutan pada anak-anak muda kita.
"Walaupun lirik lagu yang baik, tetapi mestilah menunjukkan imej yang baik juga, pakaian yang baik, peralatan aksesori yang baik, agar anak-anak muda kita tidak terpesong dan tidak terikut dengan benda-benda yang negatif," katanya.
Hasbullah yang juga Ketua Penerangan Parti Warisan Sabah bahagian Semporna berkata demikian kepada Astro AWANI selepas merasmikan Majlis Khatam Al-Quran Perdana anjuran Persatuan Muslimah di Kinabatangan pada Isnin.
Dalam ucapannya, beliau menyeru agar umat Islam di negeri Sabah kembali kepada ajaran Al-Quran serta menasihati golongan ibu bapa agar memberi perhatian penuh kepada anak-anak mereka dalam aspek agama.
Ridzal Abdullah
Mon Dec 23 2019

Hasbullah menyeru agar umat Islam di negeri Sabah kembali kepada ajaran Al-Quran serta menasihati golongan ibu bapa agar memberi perhatian penuh kepada anak-anak mereka dalam aspek agama. - Astro AWANI

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Memahami kehendak anak muda, antara cabaran membangun negara baharu - Xanana Gusmao
Perdana Menteri Timor Leste, Xanana Gusmao berkata antara cabaran lain didepani sebagai sebuah negara yang baharu adalah memahami kehendak generasi muda.

Festival Idea Putrajaya sasar 250,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.

Anak muda sanggup rentas sempadan, guna laluan tidak sah untuk berhibur di Thailand
Mereka biasanya bertindak memarkir kenderaan di Rantau Panjang sebelum menyeberangi Sungai Golok untuk ke Thailand.

TVET buka peluang pekerjaan besar untuk anak muda
Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak boleh lagi dilihat sebagai kerjasa pilihan kedua, kerana ia kini menjanjikan peluang pekerjaan yang besar.

SUKMA: Sabah tampil 90 peratus atlet muda, muka baharu dalam lawan pedang
Sabah bakal menampilkan 90 peratus atlet muda dan muka baharu dalam saingan lawan pedang pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 yang akan berlangsung di Sarawak bulan depan.

PRK Sungai Bakap: Jumlah pengundi muda keluar mengundi memberangsangkan - SPR
Peratusan anak muda keluar mengundi pada PRK Sungai Bakap pada sebelah pagi dilihat agak memberangsangkan.

RIUH x Hari Belia Negara di Melaka angkat penggiat seni dan kreatif muda
RIUH x Hari Belia Negara 2024 yang akan diadakan di Dataran Pahlawan, Melaka pada Sabtu dan Ahad ini menumpukan kepada penyertaan penggiat seni dan kreatif dalam kalangan anak muda.

Usaha 'remajakan' PKR perlu diteruskan, penuhi aspirasi anak muda - Fahmi
Usaha 'meremajakan' PKR yang menginjak usia 25 tahun perlu terus dilaksana dengan memastikan setiap dasar, program dan aktiviti parti memenuhi aspirasi anak muda pada masa ini.

Sidang Belia Wilayah Persekutuan medan anak muda bentuk, tambah baik dasar negeri
Pentas terbuka dan inklusif untuk belia dari setiap parlimen di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan membahaskan usul berkaitan dasar-dasar Wilayah Persekutuan.

Anak muda kongsi rezeki masak bubur lambuk guna kayu api
Sekumpulan anak muda dari Pertubuhan Warga Cakna membanting tenaga dengan bergotong-royong menyiapkan bubur lambuk untuk diagihkan sebagai juadah berbuka di sekitar Jitra.