Skip to main content

Malaysia

Banjir di Johor, 1,318 mangsa dipindahkan

51356505516_295x200.jpg
51356505516_295x200.jpg

Advertisement

Setelah Kelantan, Pahang dan Terengganu, kini Johor pula dilanda banjir. Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) setakat 11.30 pagi tadi bilangan mangsa banjir adalah seramai 1,318 orang. Mereka dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara.

Kawasan yang terlibat ialah Kampung Laut dan Kampung Sungai Tiram di Johor Baharu, Kampung Baru Sungai Mas di Penawar, Taman Aman, Taman Mawai di Johor Lama dan PPMS Kampung Batu, Teluk Ramunia di Kota Tinggi.

Mangsa banjir ditempatkan di tiga pusat pemindahan Kota Tinggi iaitu Dewan Kota Kecil, Dewan Kampung Baru Sungai Mas, Dewan Kampung Baru PPMS Teluk Ramunia manakala satu di Sekolah Kebangsaan Batu 10 Johor Bahru.

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia menasihatkan penduduk sekitar Batu Pahat agar mengambil langkah berjaga-jaga.

Ini kerana paras air Sungai Lenik di Ladang Chaah sudah mencapai tahap 5.63 meter, melepasi paras amaran yang ditetapkan.

Must Watch Video

Advertisement